“I faham u cakap cina tadi,” Gadis Bengang Kena Kutuk, Jurujual Cuak Siap Offer Cable Phone Percuma

Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India telah pun menetap di tanah ini selama 5 abad.

Sebagai rakyat Malaysia, kehidupan yang harmoni boleh dikecapi dengan perpaduan yang kuat di antara pelbagai kaum yang ada di sini.

Namun begitu, perbezaan bahasa yang dituturkan seharian kadang kala disalah gunakan oleh segelintir individu.

Baru-baru ini tular di platform TikTok di mana seorang gadis berkongsi cerita insiden yang berlaku semasa dia mahu membeli kabel pengecas telefon di sebuah kedai telefon bimbit.

Menurut gadis bernama Farah itu, niatnya ke kedai handphone tersebut untuk mencari kabel pengecas.

Dia turut memberitahu dia datang ke situ pada pukul 9.40 malam di mana kedai tersebut sudah pun hampir tutup.

Selepas memberitahu pekerja di situ tentang keinginannya untuk membeli kabel, salah seorang pekerja mula bercakap sesama sendiri dalam bahasa ibunda mereka tentang gadis tersebut.

“Walao weh minah melayu ni cakap dengan dia kedai dah tutup lah. Setakat beli RM20-RM30 tak berbaloi langsung.”

Farah pada mulanya mendiamkan diri dan tersenyum kerana malas untuk bergaduh.

Namun selepas pekerja tersebut tidak membenarkan dia membeli, Farah terus bertutur dalam bahasa Mandarin dengan pekerja tersebut.

“Tadi you cakap apa dengan kawan you? Sebab i bukan tak boleh cakap cina, i faham je apa yang you cakap tadi.”

Pekerja di situ tersentak dan tergamam melihat kefasihan Farah bertutur dalam bahasa mereka sehinggakan pekerja yang tadi bercakap buruk tentang Farah menawarkan cable secara percuma!

Pun begitu, Farah enggan menerima tawaran itu dan terus beredar kerana bengang dengan perangai pekerja di situ.

Kini, video yang dikongsi Farah tular dengan jumlah tontonan sebanyak 1 juta dan 142.2 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

“Korang pernah tak ada dlm situation camni? msti bengang gila cina yg serve aku tdi tu hahaha”

@farahnanadkorang pernah tak ada dlm situation camni? msti bengang gila cina yg serve aku tdi tu hahaha♬ Drop It Like It’s Hot – Snoop Dogg

Menjengah ke ruangan komen, netizen berpuas hati dengan comeback yang dibuat Farah. Malah netizen mengatakan turut pernah alami situasi yang sama.

Berikut antara komen-komen netizen di TikTok

“Point dia sekarang. Jangan cakap buruk pasal orang. Tak kira apa bahasa.”

“For me memang boleh amik n terus bayar, tapi kalau dh kira sales semua pishang gak nak kena buat end sales report balik untuk satu payment.”


“Sian member kene mental HAHAHAAHAHAAHAAH btw you comel”

“Cakap belakang ❎ cakap depan terus ✅”

“Puas hati dgr wehh. Kan dah kena setepek balik.”

“GOOD ONE HAHAHA EMOTIONAL DAMAGE”