[FOTO] Walaupun Risau COVID-19, Wanita Ini Selamat Lahirkan Anak Ke-22

Seorang ibu berusia 45 tahun yang dianggap sebagai 'Supermum' telah selamat melahirkan cahaya matanya yang ke-22, meskipun negaranya kini sedang dijangkiti wabak COVID-19. Sue Radford yang tinggal di United Kingdom meluahkan rasa syukur kerana selamat melahirkan anaknya yang ke-22, sambil menganggap ini adalah satu kelahiran yang unik dan pelik. “Saya berasa takut untuk pergi ke [...]

Setiap ibu bapa pastinya risau tentang keselamatan kandungan anak, lebih-lebih lagi dalam musim jangkiran COVID-19 ini.

Itulah yang dirasai seorang ibu sebelum melahirkan anaknya.

Namun apa yang menarik perhatian adalah ibu yang berusia 45 tahun yang dianggap sebagai ‘Supermum’ kerana selamat melahirkan cahaya matanya yang ke-22!

Walaupun negaranya kini sedang dijangkiti wabak COVID-19, dia ternyata lega selamat menimang cahaya matanya itu.

meskipun risau jangkitan covid-19, wanita ini selamat lahirkan anak ke-22

Tinggal di United Kingdom, Sue Radford meluahkan rasa syukur kerana selamat melahirkan anaknya yang ke-22 itu sambil menganggap ini adalah satu kelahiran yang unik dan pelik.

meskipun risau jangkitan covid-19, wanita ini selamat lahirkan anak ke-22

Menurut Sue, pada mulanya dia takut untuk pergi ke hospital kerana keadaan yang sangat membimbangkan.

“Saya berasa takut untuk pergi ke hospital dengan keadaan yang sangat membimbangkan. Saya risau jika Noel tidak dibenarkan untuk tinggal bersama saya.”

Negara United Kingdom sedang menjalankan perintah berkurung akibat wabak COVID-19.

“Kami sedang berkurung di rumah dan tidak patut meninggalkannya hanya untuk pergi ke hospital tetapi apabila saya sampai, saya rasa selamat berada di situ.

meskipun risau jangkitan covid-19, wanita ini selamat lahirkan anak ke-22

Sue juga berkata kelahiran anaknya yang ke-22 ini adalah suatu yang pelik tetapi pengalaman yang menarik.

“Ia merupakan kelahiran pelik tetapi bagi saya, ia adalah pengalaman terbaik yang pernah saya alami.”

Namun begitu, Sue memberitahu dia masih tak boleh mendaftarkan nama anaknya berikutan perintah berkurung.

“Kami tidak boleh mendaftar nama bayi kami kerana kes jangkitan Covid-19,” katanya seperti yang dipetik dari portal The Sun.

meskipun risau jangkitan covid-19, wanita ini selamat lahirkan anak ke-22

Menurut Sue Radford lagi, dia berjanji bahawa ini adalah kelahirannya yang terakhir, biarpun beliau pernah berjanji sedemikian sebelum ini.

Rata-rata netizen amat kagum dengan Sue Raford yang mampun membesarkan 22 orang anak.