[FOTO] Tak Mampu Menyewa, Pasangan Deko Bangunan Lama Jadi Rumah Cantik

Penularan wabak pandemik Covid-19 bukan sahaja membataskan pergerakan kita malah ia turut menjejaskan ekonomi negara.

Ramai diantara kita yang kehilangan sumber pendapatan ekoran dari sektor ekonomi yang terjejas teruk ketika ini.

Tukar bangunan lama menjadi kediaman sekeluarga

Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan di Facebook ini. Pasangan ini kehilangan pekerjaan dan tidak mampu menyewa rumah ketika itu.

Menerusi perkongsian Sha Faheeda Al-Baity di Kelab Kaki Deko mereka suami isteri menukar bangunan lama kepada tempat tinggal mereka sekeluarga.

Kami kehilangan kerja disebabkan Covid-19

“Assalammualaikum, saya suami isteri dah lama stop bekerja di sebabkan covid19”.

“Sebab kami berniaga dalam IPTA/IPTS di sebabkan semua IPTS tutup jadi kami pun tiada ada pendapatan. Oleh tu simpanan pun makin susut”.

Tempat yang tak ada orang nak tinggal

“Suami dia buat kerja partime bertukang. Oleh sebab tak mampu menyewa. Saya mintak izin dengan mak saya untuk guna tanah peningalan atuk”.

“Untuk tinggal sementara, untuk pulihkan ekonomi keluarga balik. Jadi saya mintak tempat yang paling lama la. Yang tak ada orang nak tinggal”.

Kami ubah suai bangunan lama untuk tempat yang selesa untuk keluarga

“Jadi mak saya izinkan, sebab dia pun nak buat rumah ini untuk berkumpul anak cucu dia”.

“Jadi dengan modal terhad, saya dan suami ubah suai bgunan lama ini kepada tempat yang selesa untuk kami sekeluarga”.

“Rumah yang luas ini buat 2 bilik jer supaya cucu2 mak saya boleh berlari, sebab cucu ramai”.


Hasil kerja suami isteri 3 minggu 

“Rumah ini belum masuk wiring lagi. Nanti boleh lar saya deko sikit-sikit rumah sementara ni”.

“Agak-agak ada ke nak panggil kami untuk upah buat rumah korang nanti, mana tau ada rezeki”.

“Terima kasih admin sudi post hasil kerja kami suami isteri. Hasil 3 minggu kerja siapkan rumah ini, Alhamdulillah”. 

Semoga pasangan ini dimurahkan rezeki dan mendapat pekerjaan bagi membantu mereka sekeluarga.

Diharap kisah ini menjadi contoh dan inspirasi kepada kita semua. Usaha yang berterusan pastinya akan membuahkan hasil yang mampu buat kita tersenyum kemudian hari.