[FOTO] Syatilla Melvin & TMJ Berbalas Status IG, Safawi Rasid Mohon Maaf

Pagi tadi, kita dikejutkan dengan luahan pemilik kelab bolasepak JDT berkenaan prestasi pemainnya yang agak merosot. Walaupun tidak menyebut nama pemain tersebut, rata-rata warganet telah membuat spekulasi bahawa luahan itu ditujukan kepada Safawi Rasid. Teman wanitanya juga turut dikaitkan dalam hal ini berikutan luahan TMJ  seakan merujuk kepada masalah peribadi pemain tersebut sehingga membuatkan kemerosotan [...]

Hari ini kita dikejutkan dengan luahan seorang pemilik kelab bolasepak JDT,  Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenaan prestasi salah seorang pemainnya yang agak merudum.

Walaupun tidak menyebut nama pemain tersebut, ramai netizen telah beranggapan bahawa luahan itu ditujukan kepada Safawi Rasid.

Malah, teman wanitanya juga turut dikaitkan dalam hal ini berikutan luahan TMJ  seakan merujuk kepada masalah peribadi pemain tersebut.

Masalah ini dikatakan membuatkan kemerosotan prestasi bermain bola sepak di atas padang.

Syatilla Melvin perli

Rentetan daripada isu ini, nama Syifa Melvin ‘naik’ di media sosial dan menerima banyak komen negatif daripada warganet di ruangan komen Instagramnya.

Kakak kepada pelakon itu yang juga seorang selebriti iaitu Syatilla Melvin telah bersuara di IG story miliknya.

Walaupun tidak ditujukan kepada siapa, namun apa yang ditulis oleh Syatilla seakan merujuk kepada penulisan TMJ.

Tidak berapa lama selepas itu, TMJ turut membalas kembali kenyataan Syatilla tersebut dengan menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh isteri Shaheizy Sam itu.


Syifa Melvin nafi

Syifa juga turut mengeluarkan kenyataan di Instagram dengan menafikan segala hal yang diperkatakan.

“I didnt open my mouth since benda ni tular.. and i taktau macam mana dorang press ni dapat cerita? Since ramai yg menghentam.. let me spill the tea”

Syifa menafikan yang dia memaksa Safawi untuk berkahwin, namun dia tahu mengapa Safawi memberikan alasan tersebut.

“Part Paksa kahwin, Demi Allah tak pernah sesekali tapi Syifa yakin dan tahu kenapa dia memberi alasan sebegitu, Cuma dia sahaja tahu..”

Malah, menurut Syifa, soal peribadi tidak seharusnya dikaitkan dengan performance kerjayanya itu.

“Dia tak perform atas padang tak kena mengena dengan soal personal, Sekali pun Syifa xpernah usik hal kerjaya dia malah selalu berdoa dan memberi sokongan.. Taktau pulak boleh jadi besar macam ni.. Terima Kasih kepada yg komen maki,hina atau puji.. Syifa doakan korang jgn melatah dengan apa yang korang baca,yg mengalami dan rasai hanya kami berdua.. Semoga semua dalam lindungan Allah swt”

Safawi mohon maaf

Walau bagaimanapun, Safawi dilihat enggan mengeruhkan lagi keadaan apabila memuat naik gambar serta permohonan maaf terhadap prestasinya yang agak merosot.

“Great win last night JDT @officialjohor . Dalam masa yang sama saya ingin mintak maaf terhadap prestasi saya dan saya akan cuba tingkatkan tahap prestasi saya , inshaallah next game saya cuba bagi lagi yang terbaik untuk Team, Tanpa ada sokongan dari anda semua , belum tentu saya boleh berada pada tahap ini”

Malah, Safawi juga berjanji akan terus berusaha menjadi lebih baik dan mengekalkan prestasinya di atas padang.