[FOTO] “Peh dapat 2 iPhone11 Pro?” Netizen Kongsi Syifa Melvin Tunjuk Hadiah Safawi Bagi

Ketegangan antara Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan kekasih pemain bola sepak JDT Safawi Rasid masih berlarutan.

Safawi Rasid yang menjalinkan hubungan bersama pelakon Syifa Melvin yang dikatakan mempamerkan prestasi yang merosot kebelakangan ini.

Prestasi Safawi Rasid dikatakan menurun

Tunku Ismail Sultan Ibrahim katanya telah hilang sabar terhadap pemain bola sepak, Safawi Rasid selepas prestasinya menurun.

Ekoran daripada itu, Tunku Ismail telah memuat naik beberapa siri instastory yang memerli kekasih pemain bola sepak itu.

Syifa Melvin didakwa telah menjadi penyebab kepada masalah penurunan prestasi pemain kesayangan ramai itu.

Penjelasan Syifa Melvin mengenai isu prestasi kekasihnya

Namun begitu, Syifa juga turut memuat naik beberapa siri instastory menjelaskan beliau langsung tidak pernah minta sesen pun daripada Safawi bahkan memaksa lelaki tersebut untuk mengahwininya.

Selain itu, Syifa turut memuat naik penjelasan beliau di laman sosial Instagram miliknya berkenaan isu tersebut.

 

View this post on Instagram

 

I didnt open my mouth since benda ni tular.. and i taktau macam mana dorang press ni dapat cerita? Since ramai yg menghentam.. let me spill the tea ☕️ . . .ive been working my ass off cari duit sendiri tidur xckup apatah lagi rehat xcukup just for the sake of nak biayai diri dan menampung perbelanjaan diri sendiri,tak pernah sekali mintak duit “Dia” utk sara hidup… Dia pun kenal Syifa macam mana.. . . . .Part Paksa kahwin, Demi Allah tak pernah sesekali tapi Syifa yakin dan tahu kenapa dia memberi alasan sebegitu, Cuma dia sahaja tahu.. . . . .Dia tak perform atas padang tak kena mengena dengan soal personal, Sekali pun Syifa xpernah usik hal kerjaya dia malah selalu berdoa dan memberi sokongan.. Taktau pulak boleh jadi besar macam ni.. Terima Kasih kepada yg komen maki,hina atau puji.. Syifa doakan korang jgn melatah dengan apa yang korang baca,yg mengalami dan rasai hanya kami berdua.. Semoga semua dalam lindungan Allah swt💕

A post shared by #KunciCintaAbadi (@syifamelvin) on

“I didnt open my mouth since benda ni tular and i taktau macam mana dorang press ni dapat cerita? Since ramai yang menghentam, let me spill the tea”.

Tak pernah sekali mintak duit

“Ive been working my ass off cari duit sendiri tidur xckup apatah lagi rehat xcukup just for the sake of nak biayai diri dan menampung perbelanjaan diri sendiri”.

“Tak pernah sekali mintak duit “Dia” untuk sara hidup. Dia pun kenal Syifa macam mana”.

Tak perform atas padang tak kena mengena dengan soal peribadi

“Part paksa kahwin, Demi Allah tak pernah sesekali tapi Syifa yakin dan tahu kenapa dia memberi alasan sebegitu, cuma dia sahaja tahu”.

“Dia tak perform atas padang tak kena mengena dengan soal personal, sekali pun Syifa xpernah usik hal kerjaya dia malah selalu berdoa dan memberi sokongan”.

“Taktau pulak boleh jadi besar macam ni. Terima Kasih kepada yang komen maki,hina atau puji”.

“Syifa doakan korang jangan melatah dengan apa yang korang baca, yang mengalami dan rasai hanya kami berdua. Semoga semua dalam lindungan Allah swt”.

Safawi dikatakan membeli beberapa barangan mewah buat Syifa

Namun begitu, beberapa netizen tidak mengendahkan penjelasan itu dan mereka turut memuat naik beberapa bukti hadiah yang diterima oleh Syifa sebelum ini.

“Finally! My 2nd piece of Promax… Tq sayang ilysm”

Sementara itu, menerusi perkongsian di Twitter, Safawi dikatakan telah membelikan Syifa dua buah Iphone 11 Pro Max dan beberapa barangan mewah lain.


Isu ini turut menarik minat netizen dan ramai di antara mereka turut memberi ulasan dan pandangan masing-masing.

Safawi Rashid cuba jernihkan keadaan

Walaubagaimanapun, Safawi Rasid dilihat cuba untuk menjernihkan keadaan dengan memuat naik satu posting memohon maaf kepada semua.

Saya cuba bagi yang terbaik untuk team

“Great win last night JDT @officialjohor . Dalam masa yang sama saya ingin mintak maaf terhadap prestasi saya dan saya akan cuba tingkatkan tahap prestasi saya”.

“Inshaallah next game saya cuba bagi lagi yang terbaik untuk Team. Tanpa ada sokongan dari anda semua , belum tentu saya boleh berada pada tahap ini”.

Kita doakan semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa sengketa untuk semua pihak yang terlibat.