[FOTO] “Saya tak tahu kenapa saya suka bertudung” Ramai Rakan Muslim, Gadis Ini Suka Pakai Tudung

Tanpa kita sedari, mungkin ramai kawan-kawan kita yang bukan muslim berkeinginan untuk menjadi ahli baru dalam keluarga Islam.

Jadi, tidak salah jika kita berkawan dan menyebarkan ‘vibes’ positif kepada orang sekeliling tentang agama Islam.

Gadis dari Sarawak ini sedang belajar mendalami ilmu Islam

Seperti seorang gadis yang mesra disapa dengan panggilan Lynn, seorang gadis dari Sarawak yang sedang belajar dan mendalami ilmu Islam.

Menurutnya semasa dihubungi, jika diberi peluang selepas mendalami dan faham tentang agama Islam, dia akan perlahan-perlahan memeluk Islam.

Jika ada rezeki saya nak convert to Islam

“Sebab semua kawan i muslim so i dah terikut cara diorang, and if ada rezeki i nak convert to Islam sebab i memang ada niat dari dulu lagi”.

“Now, pun i slow-slow learn more about Islam”.

Gadis ini gemar memakai tudung sejak dari 2018

Apa yang lebih menarik dengan gadis dari Sabah ini adalah beliau gemar memakai tudung dan mula belajar memakai tudung sejak tahun 2018 lagi.

Memandangkan ramai diantara rakannya yang beragama Islam, jadi tidak salah untuknya belajar lebih untuk menjadi seorang muslimah yang sejati suatu hari nanti.

Semoga gadis ini diberi hidayah dan sentiasa istiqomah di dunia dan akhirat. Tweet beliau turut mendapat perhatian ramai dan netizen mendoakan semoga beliau memeluk Islam suatu hari nanti.