[ FOTO] Salam Takziah! Rider Temui Ajal Pada 6 Ramadan Ketika Hantar Makanan Berbuka

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini, ramai diantara kita yang mengambil peluang menjadi penghantar makanan.

Namun begitu, kebelakangan ini seringkali kita menerima khabar sedih mengenai kecelakaan jalan raya yang melibatkan golongan penghantar makanan.

Terbaru, Seorang penghantar makanan Foodpanda, Muhammad Zaim Azman dilaporkan maut.

Penghantar makanan dari Kuala Selangor temui ajal

Kejadian yang berlaku pagi tadi apabila motosikal dinaikinya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Meru, Klang.

“Penghantar makanan dari Kuala Selangor meninggal dunia akibat kemalangan di Meru,” tulisnya.

Berita tersebut turut disahkan oleh salah seorang ahli keluarga terdekat mangsa yang turut berkongsi berita tersebut di Facebook.

Sementara itu seorang rakan beliau turut berkongsi berita sedih itu dan turut berasa sedih atas kehilangan itu.

 

Terima kasih banyak ajar aku

“Berehatlah bro, aku tahu kau penat. Semalam kita baru manja-manja kat wassap. Aku tak jumpa kau lagi minggu ni”.

“Terima kasih banyak ajar aku, Muhammad Zaim b Ahmad, tenanglah kau sahabat disana. Al-fatihah”, tulisnya.

Sementara itu, menerusi laman Twitter pula, rakan-rakan arwah turut bersedih atas pemergian mangsa yang berusia 21 tahun itu selain menitipkan al-Fatihah untuk Allahyarham.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dikongsi dan diperolehi mengenai kejadian terbabit.

Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian kehilangan orang tersayang dan rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.