[FOTO] Pengantin Pakai Baju Kurung & Baju Melayu Teluk Belanga, Jimat Raya Boleh Pakai Lagi

Setiap pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan pastinya mahu majlis yang gah dan meriah.

Ramai juga yang sanggup berhabis-habisan untuk majlis mereka terutama persiapan busana penggantin yang akan dipakai ketika hari bahagia mereka.

Pemilihan busana pengantin sangat penting dan perlu bersesuaian agar dapat digayakan dengan selesa untuk meraikan detik hari bersejarah mereka.

Pasangan ini memilih untuk tampil ringkas memakai busana traditional

Ramai yang memilih untuk memakai sut dan gaun atau dress dipenuhi labuci untuk majlis mereka namun ada pula yang senang mengenakan busana traditional.

Sebelum ini telah tular pasangan pengantin yang tampil menyerlah dengan busana warna merah mereka.

Baju Melayu Teluk Belangan dan Baju Kurung Moden

Pasangan pengantin itu telah memilih busana yang tampak ‘biasa’ tanpa perlu bermewah-mewah namun masih kelihatan segar untuk majlis bahagia mereka.

Pengantin lelaki yang dikenali sebagai Zul itu mengenakan baju Melayu Teluk Belanga manakala isterinya Hajar pula kelihatan ayu dengan persalinan baju kurung moden sedondon berwarna merah.

Foto hari bahagia mereka telah dirakam oleh jurugambar Asyrafi sebelum dikongsi semula di laman Facebook sehingga menjadi perhatian ramai.

Selain itu, netizen turut memuji pasangan tersebut yang kelihatan sama cantik sama padan walaupun mengenakan busana yang ringkas tetapi sangat cantik dan segar.

Rata-rata netizen turut memuji kesederhaan mereka dan mendoakan mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.