[FOTO] Lelaki Berseorangan Urus Jenazah Ayah Dipercayai Akibat Covid-19 Undang Sebak

Penularan Wabak Covid-19 yang melanda hampir seluruh negara di dunia ketika ini dan angka korban wabak itu terus meningkat hari demi hari.

Menerusi data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setakat Khamis (5 Jun 2020), terdapat 387,298 kematian telah dicatatkan di seluruh dunia.

Sehubungan dengan itu, 12 negara yang mencatatkan kematian tertinggi adalah Amerika Syarikat, Itali, Spain, Iran, India dan lain-lain lagi.

Pengebumian korban wabak Covid perlu ikut procedur

Mangsa korban wabak ini perlu diuruskan mengikut prosedur yang betul dan ciri-ciri keselamatan yang ketat seperti yang ditetapkan oleh WHO.

Prosedur tersebut dilakukan kepada semua korban wabak ini bagi membendung risiko jangkitan.

Malah, ahli keluarga mahupun saudara-mara tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang urusan pengebumian mangsa.

Upacara pengebumian bagi mangsa korban wabak ini perlu diuruskan oleh pasukan petugas perubatan seperti yang turut berlaku di Malaysia.

Menangis kebumikan ayah seorang diri

Menerusi satu posting di laman Twitter, beberapa keping gambar yang penuh emosi semasa pengebumian korban wabak ini.

Gambar tersebut memaparkan keadaan seorang anak dalam keadaan sedih sewaktu mengebumikan jasad bapanya yang terkorban dipercayai akibat wabak Covid-19.

Tanpa kehadiran ahli keluarga lain

Apa yang menyentuh jiwa adalah lelaki yang dikenal sebagai Hafez itu merupakan satu-satunya waris di dalam upacara pengebumian tersebut tanpa kehadiran ahli keluarga yang lain mahupun jiran-jiran.

Difahamkan, gambar tersebut diambil di Tanah Perkuburan Orang Islam di New Delhi, India pada 2 Mei lalu.

Kesedihan jelas kelihatan dirauk wajah seorang anak 

Kesedihan jelas kelihatan menerusi keadaan seorang anak yang berat untuk menerima dengan apa yang berlaku apabila terpaksa berdepan dengan situasi tersebut seorang diri.


Biarpun perit, kita harus bersama-sama menerima segala peraturan yang telah ditetapkan demi kebaikan semua pihak dalam mencegah jangkitan Covid-19 daripada terus menular.

Semoga kita semua dapat memutuskan rangtaian Covid-19 dan diharap orang ramai mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengekat penularan wabak ini.