[FOTO] Hampir 20 Tahun Berlalu, Ini Rupanya Lokasi Sebenar Gerai Azlee dan Mazlan Senario

Suatu ketika dulu, kumpulan senario merupakan antara kumpulan lawak terawal yang muncul untuk menghiburkan penonton.

Persembahan komedi dari kumpulan ini sentiasa dinanti-nantikan para penonton di kaca televisyen.

Filem lagi-lagi senario 

Jika diingat semula, kumpulan ini banyak menghasilkan filem yang menjadi kegilaan pada suatu ketika dahulu.

Antara filem mereka yang popular adalah Lagi-Lagi Senario yang dibintangi oleh ahlinya termasuk Lan Pet Pet, Wahid, Azlee, Saiful Apek, Ani Mayuni dan ramai lagi.

Boleh tahu tak lokasi warung lagi-lagi senario kat mana

Walaupun filem itu diterbitkan pada tahun 2001, namun filem berkenaan masih lagi diingati hingga ke hari ini.

Ini kerana salah seorang daripada pengguna Twitter memuat naik sebuah foto iaitu gerai yang popular menerusi filem berkenaan dan mengajukan soalan itu kepada pelakon dan pengarahnya, Saiful Apek serta Aziz M. Osman.

Ciapan tersebut berjaya dibalas Aziz M.Osman dengan menunjukkan keadaan lokasi gerai tersebut ketika ini:-

Lokasi gerai tersebut berhadapan Sri Pentas TV3

Difahamkan, lokasi gerai itu terletak berhadapan dengan Sri Pentas TV3, di Bandar Utama Selangor.

Manakala gerai yang dahulunya dibina sebenarnya telah diubah menjadi tempat letak kenderaan.

Berkemungkin pada waktu itu, penggambaran boleh diambil susulan lokasi tersebut belum lagi menjadi sebuah tapak pembinaan.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai dan rata-rata peminat filem komedi berkenaan turut meninggalkan komen mengimbau kembali filem kegemaran mereka itu.