[FOTO] Gadis Bernama Juliana Pilihan Hati Zamani

Penyanyi popular Zamani Ibrahim, 48, telah menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hati dikenali sebagai Nur Juliana pada sebuah majlis tertutup malam tadi.

Menerusi perkongsian di laman Instagram Zamani Ibrahim Music Entertainment (Zime) milik penyanyi itu, menyatakan majlis berlangsung secara tertutup atas permintaan keluarga.

Syukur Alhamdulillah.

Dengan Izin Allah Yang Maha Esa dan Maha Mengetahui, selesai sudah Majlis Pernikahan
saya & isteri, Nur Juliana hari ini 20 September 2019.

Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kpd semua pihak yg menolong menjayakan Majlis ini secara langsung atau tidak.

Saya sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf jika ada terguris perasaan mana-mana pihak untuk menjayakan Majlis Pernikahan ini demi menghormati permintaan pihak keluarga.

InsyaAllah Majlis Resepsi akan diadakan pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaan buat kami. Kbai

(Zamani bin Ibrahim)