[FOTO] Baru Berusia Sehari, Alif Satar Dedahkan Nama dan Wajah Bayi Lelakinya

Berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak ketiga, Alif Satar sekeluarga dilihat begitu gembira apabila kelahiran kali ini telah dikurniakan cahaya mata lelaki. Sebelum ini, Alif dan isterinya Shadila Halid sangat bersyukur dikurniakan dua orang puteri yang sangat comel dan bijak sepanjang lima tahun usia perkahwinan mereka. Muhammad ‘Ali dah buka mata Pagi tadi, pengacara [...]

Alif Satar sekeluarga dilihat begitu gembira dengan kelahiran cahaya mata lelaki kerana berkongsi tarikh lahir yang sama dengannya.

Sepanjang lima tahun usia perkahwinan Alif dan isterinya Shadila Halid, mereka sangat bersyukur dikurniakan dua orang puteri yang sangat comel dan bijak.

Kini kehadiran putera di dalam keluarga mereka bakal memeriahkan lagi suasana.

Menerusi laman Instagram, pengacara program realiti televisyen Big Stage ini telah memuat naik gambar terbaru anak lelakinya.

Alif juga turut menyertakan sekali nama bayi comel itu.

Assalamualaikum,Muhammad ‘Ali.. ♥️ Terima kasih pada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga, setiap doa anda sangat bermakna bagi kami. I read all of your comments and i pray that Allah swt grant all of your doa’s for all of us. He had just a little trouble breathing but is now getting so much better, thanks to all the medical staff at @pantaihospitalkualalumpur . Can’t wait to take ‘Ali home in a few days! 

Nama Muhammad ‘Ali telah dipilih untuk anak lelaki pertamanya, Alif turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan dan juga kesihatan bayi mereka.

Malah menurut Alif, Muhammad Ali mengalami sedikit komplikasi pernafasan. Namun begitu ia tidaklah begitu serius dan semakin baik. Mereka juga tidak sabar untuk membawa Muhammad ‘Ali pulang ke rumah.

Alif juga sempat berterima kasih kepada para petugas perubatan di Hospital Pantai Kuala Lumpur kerana memberi layanan yang baik untuk isteri dan anaknya sepanjang mereka berada di sana.

Rakan artis dan juga para peminatnya tidak putus-putus mengucapkan tahniah dan memuji kecomelan Muhammad ‘Ali.

Semoga Muhammad ‘Ali membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada keluarga.