[FOTO] 16 Tahun Bersahabat, Zul Ariffin Bergegas Ke Jakarta Beri Penghormatan Terakhir Buat Ashraf Sinclair

Pelakon popular Zul Ariffin mengambil kesempatan bagi memberi penghormatan terakhir buat rakan baiknya Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung. Menerusi Instastory miliknya, pelakon yang membintangi filem aksi J Retribusi bersama Allahyarham itu memuat naik beberapa gambar dalam perjalanan ke Jakarta sebelum tiba di tanah perkuburan San Diego Hills, Jawa Barat. [...]

Hari ini dunia hiburan tanah air dan Indonesia dikejutkan dengan berita pemergian seorang pelakon terkenal Ashraf Sinclair yang disifatkan secara tiba-tiba.

Allahyarham Ashraf disahkan meninggal dunia pada awal pagi tadi oleh keluarganya.

Ramai rakan-rakan artis turut mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham. Tidak ketinggalan pelakon Popular Zul Ariffin yang terus bergerak ke Jakarta bagi memberi penghormatan terakhir.

Zul Ariffin mengambil kesempatan bagi memberi penghormatan terakhir buat rakan baiknya Allahyarham Ashraf Sinclair.

Siapa sangka sebenarnya Zul Ariffin rupanya pernah memulakan kariernya bersama Ashraf Sinclair apabila bergandingan dalam iklan komersial sekitar tahun 2004.

Menurut Zul, dia mula mengenali Ashraf sejak berusia 17 tahun, malah suami kepada Bunga Cinta Lestari itu antara individu terawal yang dia kenal ketika mula berjinak dalam industri.

Menerusi laman Instagram miliknya, Zul Ariffin telah memuat naik beberapa gambar dalam perjalanan ke Jakarta, Indonesia.

Setibanya di sana, Zul bergegas ke tanah perkuburan San Diego Hills, Jawa Barat untuk menziarahi pusara Allahyarham Ashraf Sinclair.

Menerusi laporan Gempak, Zul Ariffin dan Ashraf Sinclair pernah memulakan kariernya bersama Ashraf Sinclair apabila bergandingan dalam iklan komersial sekitar tahun 2004.

Selepas 15 tahun, mereka sekali lagi telah bekerjasama di dalam sebuah filem J Retribusi yang akan ditayangkan pada tahun ini.

“Alhamdulillah, selepas 15 tahun kenal, akhirnya dapat berlakon bersama dengannya. Ibaratnya dapat berlakon sama dengan kawan lama.”

“Agak kelakar juga bila sebelum ini memang kami tak pernah pun berpeluang untuk berlakon sama. Bila dah 15 tahun baru berkesempatan bergandingan,”

Untuk pengetahuan anda, J Retribusi adalah sekuel kepada filem J Revolusi dan bakal ditayangkan pertengahan tahun ini.

Filem ini adalah gandingan pelakon Zul Ariffin, Amelia Henderson, Datuk Rosyam Nor dan Ashraf Sinclair.


Ashraf Sinclair telah mendirikan rumah tangga dengan Bunga Citra Lestari pada November 2008 di Jakarta, Indonesia.

Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Sinclai yang dilahirkan pada tahun 2010.