“Menyesal dengan apa yang jadi”, Ayah Berjurai Air Mata First Time Hantar Anak Sekolah

Anak merupakan anugerah terindah buat pasangan suami isteri malah mereka akan melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga itu.

‘Kepuasan’ ibu bapa itu hadir apabila melihat cahaya matanya membesar sihat didepan mata mereka walaupun sesebuah pasangan tersebut telah berpisah.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita bernama Natasha Rose sempat berkongsi sebuah rakaman sewaktu dia bersama suaminya menghantar anak mereka ke tadika.

Menerusi video tersebut, dapat kita lihat anaknya yang sudah memakai baju seragam dan tidak sabar untuk dihantarkan ke tadika.

Bagaimana pun, apa yang mencuri tumpuan warga netizen adalah ayahnya kelihatan menangis sehingga merah muka selepas menghantar cahaya matanya itu.

Ketika ditanya apakah sebabnya, lelaki tersebut mengakui menyesal dengan apa yang terjadi selama ini. Rupa-rupanya pasangan ini dahulu pernah berpisah hampir 5 tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin kembali.

“its okay daddy, you’re the best dad ever.. terima kasih kerana masih tidak berputus asa untuk rumah tangga kita” kata wanita ini

Video yang tular di laman TikTok:

@tasharossee Dun sad daddy. InshaAllah lepasni kite akan jaga betul2 family kite okie #fyp#firstdayofschool#berandatiktok#daddysboy#fypシ#viralvideo ♬ Ajarkan Aku.. Arvian Dwi – ️RVIAN

@tasharossee Doakan hubungan kami kekal selamanya ya #rujukkembali#berandatiktok#2021makeawish#fyp#fypdongggggggg#surprise#willyoumarryme ♬ original sound – _®

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 893.4K tontonan, 91.1K tanda suka, 863 komen dan 1344 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat perjalanan hidup pasangan ini dan bersyukur mereka kembali bersatu semula demi cahaya mata tercinta.

Dalam masa yang sama, para netizen juga mengakui memahami perasaan lelaki tersebut apabila melihat anaknya yang kian membesar dan mampu berdikari sehingga ke tahap ini.

Berikut merupakan komen warga maya:

“semoga yor marriage this time berkekalan”


“mesi ada kisah silam seorag ayah ni… alhamdulillah anda jadi ayah yang baik..”

“dia nangis sebab taksangka anak dia dah besar.. padahal dia rasa anak dia baru je lahir..”

“apahal aku plak yang nangis ni..”

“kadang2 benda yang jad bukan kita minta.. ada sebab dan ketentuan yang dah tertulis..”