Filem Dedah Aurat Masih Tersiar, Lisa Surihani Akui Perkara Itu Diluar Kawalannya

Sehingga kini, nama pelakon terkenal Datin Lisa Surihani atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed ini sering menjadi perbualan hangat warganet di laman media sosial tentang kisah penghijrahannya dan penampilannya yang sejuk mata memandang itu membuatkan ramai peminat kagum.

Iospital phone repair gombak

Namun pun begitu, sudah menjadi lumrah apabila bergelar selebriti yang sudah mula menutup aurat tetapi filem serta drama lama yang menunjukkan diri mereka tidak bertudung masih boleh ditonton di kaca TV serta platform penstriman.

Sama juga kisahnya dengan pelakon yang terkenal dengan watak Ayu menerusi filem Lagenda Budak Setan ini. Menurut Lisa, dia menjelaskan tidak boleh melakukan apa apa untuk mengawal perkara sebegitu berlaku kerana ia di luar kemampuannya.

Memetik sumber, Lisa mengatakan hanya mampu berdoa agar perjalananya untuk menjadi muslimah yang lebih baik akan dipermudahkan.

“Saya hanya mampu berdoa sebab ada perkara yang bukan dalam kawalan saya. Ada benda yang saya sendiri tak boleh buat apa-apa. Saya sendiri belum arif tentang hukum itu dan belum lagi bertanya ustaz atau pakar agama tentang perkara itu. Saya berdoa agar jalan saya dipermudahkan dan berharap perkara itu (filem) akan hilang sendiri nanti,” katanya.


Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi dan pengarah terkenal Dato Yusry Abdul Halim ini telah menolak tanggapan segelintir pihak yang mengatakan dirinya sudah mengundurkan diri dalam dunia hiburan.

Tambahnya lagi, dia masih menerima tawaran lakonan dan sedang menjalakan penggambaran watak cameo serta mempertimbangkan projek yang lain.

“Nak kata saya sudah berhenti berlakon tidak juga sebab saya sedang menjayakan sebuah penggambaran melakonkan watak cameo (pelakon undangan). Ada juga beberapa tawaran masih dalam pertimbangan. InsyaAllah jika ada watak yang bersesuaian saya terima,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata positif buat Lisa Surihani agar sentiasa istiqomah dalam penghijarahannya untuk terus menjadi yang lebih baik malah mereka juga turut menitipkan doa agar pelakon ini sentiasa dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Antara komen warga maya:

“Allah tahu niat kita..istiqomah sahaja..”



“sabar lisa ye..semoga lisa terus istiqomah dengan perubahan lisa yang sekarang..”

“yang penting pengakhiran kita nanti..semoga terus istiqomah lisa..”