Enggan Tampil Berdua Dengan Artis Lelaki, Neelofa Mahu Jaga Nama Suami & Tanggungjawab Sebagai Isteri

Sudah menjadi lumrah buat selebriti wanita tanah air selepas bergelar isteri ataupun ibu yang dilihat tidak lagi aktif dunia hiburan.

Bukan itu sahaja, segelintir daripada mereka juga telah meletakkan beberapa syarat jika diberikan tawaran untuk berlakon malah ada yang turut menyifatkan ingin menjaga maruah serta nama baik keluarga.

Iospital phone repair gombak

Sama juga ceritanya dengan seorang pelakon, pengacara dan usahawan terkenal Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor ini yang telah memaklumkan lebih selesa untuk bekerjasama serta tampil di kaca televisyen bersama rakan artis wanita berbanding lelaki dalam mana-mana program.

Memetik sumber, Neelofa mengatakan perkara tersebut adalah kemahuannya sendiri dan bukan syarat yang diberikan oleh suaminya. Tambahan pula,  dia menyifatkan ‘tidak manis’ kalau menjadi tontonan umum sambil duduk di sebelah lelaki.

“Itu kemahuan saya sendiri, secara logiknya bila buka televisyen nampak saya duduk di sebelah lelaki memang tidak manis dan tidak sesuai. Tidak eloklah untuk sesiapa sahaja berstatuskan isteri,” katanya.

Walau bagaimanapun, isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail ini juga menjelaskan tidak akan bekerjasama dengan tetamu lelaki jika berdua melainkan terdapat beberapa lagi artis yang lain dalam program yang sama.

“Jadi kalau ada tetamu lelaki sekali pun, mungkin bukan dua orang tetapi beberapa orang yang ada lelaki dan perempuan, itu saya okay… Saya ambil kira apa yang dipaparkan, apa yang dipertontonkan.” ujarnya lagi

Dalam pada itu, bekas pengacara MeleTOP menyatakan lebih mementingkan tanggungjawabnya serta maruah suami dan bukan kerana mahu mengelak daripada mulut-mulut netizen.

“Keutamaan saya bukan fasal netizen tetapi lebih kepada tanggungjawab saya sebagai isteri dan juga maruah suami saya. Itu yang lebih saya pentingkan sebab netizen baik ke buruk dia orang akan cakap juga. Saya dengan tenang hati buat benda itu sebab saya rasa itu adalah benda yang baik.. buat apa kita nak jadikan benda itu sebagai syarat. Mana-mana isteri lain pun boleh pertimbangkan benda itu..” tambahnya lagi.