Didukung Turun Dari Pentas, Keadaan Terkini Zamani Slam Buat Netizen Sebak

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi pop rock lelaki yang sememangnya popular di Malaysia iaitu Zamani Slam atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim ini bukan? Boleh dikatakan kekuatan dan kemerduan suara yang dimilikinya membuatkan ramai terpukau sehingga dikatakan setaraf dengan vokalis-vokalis terbaik tanah air.

Iospital phone repair gombak

Umum mengetahui, tahap kesihatan Zamani Slam kini semakin merosot dan bentuk badannya juga semakin membongkok akibat penyakit skoliosis.

Walau bagaimanapun, dia dilihat masih memberikan komitmen kepada kerjanya dengan menghadiri persembahan sebelum menjalani pembedahan awal bulan November.

Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan perkembangan terkini Zamani di laman TikTok telah mencuri perhatian netizen.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @lilyforiz menunjukkan Zamani yang turun dari pentas sambil dibantu oleh beberapa individu selepas melakukan persembahan di acara Pesta Orkid yang berlangsung di Rompin, Pahang.


Dalam rakaman tersebut, keadaan kelihatan sesak kerana dikelilingi dan diserbu peminat namun penyanyi yang popular dengan lagu Tak Mungkin Berpaling ini masih mampu tersenyum walaupun seharusnya dia boleh berehat di rumah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa sedih serta bersimpati melihat keadaan Zamani yang didukung ketika dibawa turun dari pentas itu.

Bukan itu sahaja, ada juga yang menitipkan doa agar penyanyi rock ini diberikan kekuatan dan kesembuhan seperti sedia kala.

Antara komen warga maya:

“Allahuakbar…ya Allah berilah dia kekuatan ya Allah dan permudahkan segala urusan buatnya ya Allah…aminn..”


“Aduh sedihnya tengok keadaan dia..ni masa kita nanti tak tahu macam mana nanti…”

“ya Allah kesiannya abang zamani..mungkin boleh standby wheelchair lain hari, sebak nak tengok dia jalan pun macam dah sakit sangat dah tu…”

“Alhamdulillah abang zamani ok..stage tinggi n takde tangga so mereka bantu abang zamani turun sebab ramai dah kepung disitu,..sama sama doakan abang zamani ya..”

“baru nak sedih-sedih sekali tengok kat part jelir..lidah tu alahai comel je Zamani buat..moga zamani sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan amin..”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@lilyforiz Sedih je tgok depan mata keadaan zamani smlm.. #Pestaorkid #zamanislam #kualarompinpahang🇲🇾 #foryoupage #berandafyp ♬ Kurnia – Slam