Setiap orang mempunyai pendapat dan cita rasa yang berbeza-beza serta mempunyai hak untuk bersuara dan mengutarakan pendapat masing-masing mengikut citarasa mereka.

Namun begitu, tidak semua orang boleh menerima kritikan daripada orang lain kerana berasa apa yang dilakukan sudah cukup baik berdasarkan citarasa mereka.

Itulah yang terjadi kepada seorang vlogger terkenal di laman Youtube iaitu ZhafVlog.

Vlogger ulas filem tanah air dan luar negara

Vlogger tersebut sering tampil dengan memberikan ulasan mengenai filem-filem yang ditayangkan industri filem tanah air mahupun juga luar negara.

Baru-baru ini ZhafVlog telah membuat konten review tentang sebuah filem baharu iaitu filem Belaban Hidup yang diterbitkan oleh sebuah produksi dan di tayangkan di Astro First.

Pengarah luah rasa tidak puas hati dengan review yang dibuat

Menerusi video yang dimuat naik di Youtube itu, Zhaf meluahkan rasa kecewa dengan filem tersebut dan memberi sedikit kritikan untuk keseluruhan filem tersebut.

Walau bagaimanapun, pengarah dan juga penerbit kepada filem tersebut iaitu Ray Lee meluahkan rasa tidak puas hati di ruangan komen video itu.

Menurut Ray, dia menghormati dan menerima ulasan mengenai filem tersebut yang diberikan oleh Zhaf.

Kritikan tersebut kasar dan berbaur carutan

Walaubagaimanapun, pengarah ini tidak dapat menerima kritikan yang diberikan kerana Zhaf menggunakan kata-kata yang kasar berbaur carutan.

Namun, ulasan yang diberikan oleh ZhafVlog itu dipersetujui oleh warga netizen yang juga turut berasa kecewa dengan filem itu.

Filem tersebut mendapat anugerah di luar negara 

Mereka masing-masing berpendapat filem tersebut tidak mencapai piawaian yang sepatutnya.

Bagaimanapun, menurut pengarah filem tersebut filem itu telah mendapat banyak anugerah di luar negara.

Laporan SKMM telah dibuat untuk memadam video tersebut

Disebabkan oleh perasaan tidak puas hati dengan kritikan tersebut, pengarah dan penerbit filem tersebut telah membuat laporan pada SKMM untuk ZhafVlog memadam konten video tersebut di Youtube.

Pengarah filem Indonesia berpendapat Zhaf beri ulasan telus

Malah keadaan menjadi lebih tegang  apabila seorang pengarah filem Indonesia iaitu Joko Anwar turut memberi komen di video tersebut.

Pengarah filem Indonesia itu berpendapat, Zhaf telah memberikan ulasan yang telus mengenai filem tersebut.

Penonton mempunyai pendapat masing-masing

Jelasnya, sekiranya dia ada membuat filem yang tidak berkualiti dia tidak akan membuat laporan kepada Zhaf kerana semua penonton mempunyai pendapat masing-masing.

Jelas Joko lagi, sekiranya ada pihak yang tidak dapta menerima teguran itu maka dia patut simpan sahaja filem tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pendapat dan buah fikiran masing-masing mengenai isu berkenaan.