“Fedup cari pantai tak jumpa..” Selamba Berjemur Tengah KL, Pelancong Ini Curi Perhatian Netizen

Ramai pelancong memilih negara kita sebagai destinasi pelancongan. Seperti kita sedia maklum, Malaysia sering berada di dalam gelombang cuaca panas. Menjadi kebiaasan pelancong-pelancong ini datang ke Malaysia semata-mata ingin berjemur di tepi pantai atau ‘sunbathing’. Matahari terik menyinar bagaikan satu kelebihan yang ada di negara kita.

Namun pun begitu, lain pula kisahnya tentang seorang pelancong ini yang berjemur di tengah tengah jalan raya Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan netizen di laman Tiktok.

Baru-baru ini tular dengan satu rakaman video yang memaparkan pelancong wanita yang sedang baring di atas rumput dengan bersahaja tanpa memikirkan keadaan sekeliling dan mata mata yang memerhatikan mereka di sekitar jalan itu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @suerayasolomon di laman TikToknya ini mencuri perhatian netizen kerana lokasinya berbaring itu tidak sesuai. Malah, rakyat Malaysia juga tidak pernah melakukan perkara sebegitu kerana akan dilabel sebagai gila ataupun ‘pelik’.

Sudah terang lagi bersuluh, lokasi tempat pilihan mereka itu berada di tepi jalan raya yang agak sibuk.

Ada juga seorang warganet yang memberi komen bahwa tindakkan pelancong itu sebenarnya normal di negara luar dan ada juga yang mengatakan jika rakyat Malaysia bermain salji di negara luar mungkin tanggapan mereka sama seperti tanggapan kita terhadap pelancong ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberi komen yang mereka terhibur dengan telatah pelancong itu. Mereka juga berseloroh pelancong ini tidak menemui pantai di bandar Kuala Lumpur ini.

Antara komen warganet di laman TikTok:

“Nak panas p UK..sana panas sampai cair jalan..”

“Hahaha ingat nak cari pantai tapi tak jumpa-jumpa, dia ingat johor kot bandar dekat pantai..last last fade uup”


“Fedup cari pantai tak jumpa.. ”

“Tak heran..sini siap lepak minum kopi panas bawah matahari terik takde  bumbung..”

Video yang tular di laman TikTok:

@suerayasolomon♬ original sound – yanaothman

Sekadar info, sehingga kini video tular yang dimuat naik oleh @suerayasolomon ini telah mencecah 1M tontonan, 50k tanda suka dan 1351 komen.