“Fasih BM dia” Netizen Kagum Ucapan PM Singapura Dalam Bahasa Melayu

Pandemik Covid-19 sudah merebak ke seluruh dunia dan menyaksikan beberapa kuasa besar dunia lumpuh dengan wabak itu. Mata penduduk dunia memandang pemimpin-pemimpin negara dan menilai tindakan dan rancangan mereka untuk kesejahteraan negara masing-masing. Kali ni mata netizen tertumpu pula ke Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. Dalam satu video ucapannya, beliau memberi pesanan untuk rakyat [...]

Kes penularan wabak COVID-19 bukan saja menjadi isu utama di Malaysia, tetapi juga negara jiran, Singapura.

Pandemik koronavirus ini telah merebak ke seluruh dunia dan menyaksikan beberapa kuasa besar dunia lumpuh terutamanya dalam sektor ekonomi.

Justeru itu, menerusi satu pengumuman penting, Perdana Menteri Singapura iaitu Lee Hsien Loong memberikan panduan kepada seluruh rakyat Singapura betapa pentingnya penjarakan sosial pada masa ini.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah di mana Lee mampu bertutur dengan fasih dalam Bahasa Melayu.

Walaupun Singapura menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama pertuturan mereka setiap hari, Lee tidak kekok membacakan perutusannya dalam bahasa Melayu dengan baik sekali.

Menerusi satu video yang dikongsikan di laman Twitter, rata-rata memuji PM Singapura ini yang sememangnya layak menjadi pemimpin berbilang kaum di Singapura.

Bukan sahaja menerima pujian dari Malaysia, ucapan beliau itu turut mendapat perhatian netizen dari seberang laut, Indonesia.

Malah ramai juga yang membandingkan PM Singapura itu dengan pemimpin politik Malaysia yang masih pelat berbahasa Melayu sedangkan ianya bahasa kebangsaan negara kita.