eCCRIS baru dilancarkan!! Hari ni, saya dan kawan-kawan excited sangat pergi ke BNM sebab nak daftar untuk kali pertama. Ya, hanya sekali saja perlu ke sana, lepas ni kami boleh dapatkan laporan CCRIS kami dari rumah. Asalkan ada internet.
Nah saya dah sediakan tutorial untuk daftar eCCRIS kat BNM dan dapatkan laporan CCRIS secara percuma dari rumah. Kita kena selalu bersyukur, hidup kita makin mudah. Buat korang yang masih belum kenal CCRIS, saya nak cerita sikit ni.
Laporan CCRIS ni dia kumpulkan rekod bayaran bulanan untuk 12 bulan terkini kesemua hutang kau dengan bank. Kewangan yang baik, rekodnya semua nombor 0, 0, 0, 0, 0. Maksudnya, kau takda apa-apa tunggakan. Semua bayar cantik.
Kalau muncul angka 1 tu maksudnya kau ada sebulan tertunggak bayaran bulanan. Ada juga yang sampai muncul angka 36 tau. Maksudnya dah 3 tahun tak bayar hutang, biasanya PTPTN-lah. Ramai orang buat-buat hilang ingatan. Haha!
Jom saya tunjukkan cara semak CCRIS secara online iaitu eCCRIS. Mudah, percuma, pantas dan selamat dunia akhirat. Penerangan ada kat setiap gambar.
1. Bila-bila kau ada masa lapang, kau pergilah bersiar-siar ke kiosk CCRIS kat BNM. BNM tu apa? Bank Negara Malaysia-lah. Datang hari bekerja daripada pukul 9.00 pagi sampai 5.00 petang. Ni alamatnya,
BNMLINK
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
2. Bila dah sampai depan kiosk tu, kau kena pilih bahasa apa yang kau nak. Bahasa Malaysia atau English. Nak bahasa lain, kau kena pergi negara lain. Okay tak lawak.
3. Klik eCCRIS.
5. Kemudian, kau kena masukkan kad pengenalan dan sediakan jari kau untuk pengesahan biometrik.
6. Dia akan minta nombor telefon bimbit kau. Senang cerita, masukkan nombor telefon yang ada kat kau waktu tu. Klik “Teruskan”.
7. Semak balik info kau. Bila dah yakin semua betul, bolehlah klik “Sahkan” dengan penuh keyakinan.
8. Kau akan dapat PIN 6 digit kat nombor telefon yang kau daftarkan tadi di smartfon kau yang mahal tu.
9. Kemudian, masuk ke link ni
https://eccris.bnm.gov.my/. Hah! Macam inilah rupa website dia. Kau klik “First Time Login”.
10. Nationality pilih “Malaysia”. ID Number letak nombor kad pengenalan tanpa simbol. PIN kau masukkan ikut PIN yang kau dapat tadi tu.
12. Dah selesai. Kau dah boleh buka semula linkhttps://eccris.bnm.gov.my/ dan masukkan User ID dengan kata laluan.
14. Kau kena baca “Disclaimer” yang terpapar kat situ kemudian tick “I agree” dan klik “Report Enquiry”. Lepas tu, kau akan dapat tengok kau punya laporan CCRIS tu.
15. Siap, Jadi lepas ni kau tak payah nak peluh ketiak pergi Bank Negara. Tak payah bayar tol, tak payah bayar petrol, tak payah bayar parking, tak payah naik LRT atau KTM. Hanya gerakkan jari jemari saja. Dahlah FREE pula tu.
Contoh Laporan CCRIS |
Kredit: Harith Faisal