“Dulu RM600 sehari, sekarang..” Demi Anak dan Isteri, Bekas Pilot Jadi Rider E-Hailing, Jual Kambing Perap

Krisis Covid-19 memberi impak yang sangat teruk kepada seluruh negara termasuk Malaysia. Seorang pengguna laman Facebook yang hanya dikenali sebagai Anwar Ajid antara yang terkesan dengan wabak pandemik ini. Dari seorang pekerja dalam bidang penerbangan kepada rider e-hailing dia berkongsi kitaran hidupnya yang berubah sejak Covid-19 melanda negara. Anwar yang berada dalam sektor penerbangan telah [...]

Wabak Covid-19 nampaknya memberi impak yang sangat teruk kepada seluruh dunia termasuk Malaysia.

Turut terkesan, seorang pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai Anwar Ajid berkongsi bagaimana dirinya menghadapi cabaran dengan wabak pandemik ini.

Anwar yang sebelum ini merupakan seorang pekerja dalam bidang penerbangan terpaksa bertukar kepada rider e-hailing.

Menurut Anwar, dia  yang berada dalam sektor penerbangan telah diberhentikan kerja selepas 10 tahun berkhidmat akibat dari syarikatnya bekerja telah hilang pendapatan akibat pandemik.

Hilang pendapatan sejak bulan 4

“Tiada siapa menduga krisis covid19 tahun ini benar benar memberikan impak maksimum. Semenjak bertukar kerjaya dari sektor kerajaan ke dunia penerbangan aku fikir inilah kerjaya yang akan memberi kebahagian kepada keluarga kecilku ; anaku Sofea berusia 8 tahun dan isteri yang setia disisi sepanjang 10 tahun yang lalu.

“Namun takdir Allah penuh misteri,setelah 10 tahun di dalam bidang penerbangan yang orang fikir penuh glamour..em..orang fikir..sedangkan bukan begitu akhirnya aku kehilangan pendapatan semenjak bulan 4 akibat syarikatku bekerja kehilangan pendapatan akibat pandemik.

“Namun bukan senang nak dapat kerja…bukan aku sorang kene takde pendapatan,ramai yang lain.

“Puas aku menghantar resume ke sana sini bak kata PM namun hampa …takde sapa nak amik. Kecewa ,sungguh kecewa. Aku mana ade skill dalam bidang lain selain supir kapal terbang.”

Menurutnya lagi, dia melalui detik suram dalam hidupnya apabila tidak diambil bekerja oleh mana mana syarikat malah duit simpanan yang ada hanya cukup untuk membayar hutang selepas moratorium.

Terpaksa jadi rider e-hailing

Dia yang merupakan bekas juruterbang pesawat mengambil keputusan untuk menjadi rider e-hailing. Bagaimanapun, Anwar juga berkongsi mengenai perbezaan syarikat e-hailing yang pernah dicubanya.

“Dalam aviation kelayakan untuk fly setiap pesawat di namakan type rating.Civil Aviation Authority Malaysia(CAAM) dah endorsed dalam lesen aku kapal boleh aku fly ade dua ATR72-600 dan B738NG.

“Bukan macam di darat ye sahabat semua. Kita nak pandu BWM,Merc or Proton belasah jek. Takde undang-undang nak larang. Asal boleh memandu kira boleh dah tu. Eh apa kene type rating dengan Rider E-hailing”

Menggunakan motor berkuasa tinggi, Anwar yang tinggal di Putrajaya mengakui penat apabila terpaksa ulang alik dari sana ke USJ untuk mendapatkan pesanan.

Terpaksa bermain dengan clutch dan motor yang berat, dia mendaftar pula dengan DahMakan yang juga merupakan syarikat e-hailing pilihan ramai.

Berbeza dengan LalaMove, DahMakan ini memberi pesanan kepada anda sebagai rider, tetapi rider haruslah pergi ke hub catering mereka yang terletak di PJ dan USJ. Dengan bayaran yang diterimanya sedikit, Anwar nekad menukar kepada FoodPanda pula.

Menurut Anwar, FoodPanda ini sama seperti airlines di mana mempunyai tiga elemen iaitu On Time Performance (OTP), CheckIn-SOP dan Roster.

“Dulu sejam aku fly leh dapat minima RM6xx sehari,but now dah terbalik sehari max keje bagai nak rak (dengan panas lengit,hujan,kene marah customer,hitam terbakar muka n tangan) boleh dapat RM50 to RM70 aja.

“Cukup ke nak bayar expenses aku? Memang tak cukup …but inilah rezeki Allah kasi for family aku buat masa sekarang.

“Kesian sangat kat anak aku umur 8 tahun ni. So small tapi dah terpaksa lalui kesusahan ni. Maafkan papa ye nak.”

Jual kambing perap dan steak

Setelah menempuh nasib sebagai rider ehailing, Anwar yang mempunyai seorang anak berumur 8 tahun terpaksa mencuba pekerjaan baru dengan menjadi ejen menjual Kambing Perap dan steak yang dibawa masuk dari New Zealand.

“Disebabkan itu maka aku n wife decide untuk jadi ejen jual Kambing Perap dan juga steak yang dibawah masuk dari New Zealand.

“Raya Haji tak lama dah sahabat semua.Apa lagi boleh la order dua jenis daging ni kat aku.Support dari korang maybe akan ubah nasib aku kelak dalm biz ni.

“Mana tahu kan ..rezeki semua dari Allah.Sekarang ade promo for kambing perap tau..cepat cepat order.Steak plak…pew….kalau sapa pernah makan kat kedai steak mesti tau harga yahudi kan.Ni aku offer harga melayu…hahah”

Anwar berharap dapat mengubah nasib dia dalam perniagaan ini dan tidak mahu anaknya itu lalui tempoh kesusahan ini dalam usia yang masih kecil.