“Dulu mak meninggal, susah sikit cari van jenazah.” Ebit Lew Beli 2 Van Jenazah dan Ambulan Percuma

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang tidak henti-henti menjalankan kerja kebajikan kini telah membeli dua buah van untuk khidmat van jenazah dan ambulans.

Menurut perkongsian beliau di laman Facebook, kedua-dua van tersebut bakal digunakan tanpa memerlukan sebarang bayaran.

Khidmat percuma

“Doakan ya. Syukur baru beli 2 van nak beri khidmat percuma. 1 van jenazah dan 1 ambulan pada yang memerlukan tanpa apa-apa bayaran langsung.”

Menurut ustaz Ebit, semsa ibunya meninggal dunia, beliau mengalami sedikit kesukaran untuk mencari van jenazah.

“Dulu masa mak saya meninggal dunia. Susah sikit cari van jenazah. Akhirnya dapat van jenazah untuk bawa mak yang tercinta untuk disemadikan di kampung.

“Rindu mak sangat. Terima kasih yang membantu masa menguruskan mak saya masa tu.”

Ubahsuai jadi ambulan dan van jenazah

Ustaz Ebit mendapatkan van tersebut di sebuah pengedar kereta dan mengubahsuai sebagai ambulans dan juga van jenazah.

“Syukur saya beli van di Toyota dan ubai suai di Imarah Auto. Terima kasih Abang Mizey sponsor sticker yang cantik.

“Terima kasih juga semua yang bersama kami menjayakan dan mendoakan. Semoga Allah rahmati dan terima usaha yang sedikit ini.”

Menurutnya lagi, perkhidmatan percuma kedua-dua van tersebut dibuka kepada semua yang tidak berkemampuan.

“Jika memerlukan khidmat van jenazah atau ambulan percuma untuk mereka tidak mampu dan memerlukan boleh hubungi 01170787900”