Gara-gara Babak Nur dan Ustaz Hamadi, Boxer Merah Pisang Kuning Trending!

Peminat drama melayu tempatan pastinya tidak akan melepas kan peluang setiap malam jam 10 untuk menonton drama Nur 2 di TV3.

Bahkan siapa sangka, percubaan berani dalam mengubah trend drama Melayu TV3 akhirnya mendapat sambutan jutaan penonton setiap malam.

Untuk peminat drama tempatan, setiap episod dalam Nur 2 sering dinantikan oleh penonton bagi mengikuti jalan cerita penuh dengan konflik.

Ternyata watak yang paling berjaya menjentik hati penonton sudah semestinya watak Ustaz Hamadi lakonan Azhan Rani.

Boleh dikatakan semua yang menonton Nur 2 sangat geram dengan sikap munafiknya itu.

Di dalam episod 10, terdapat satu babak dimana Nur lakonan Amyra Rosli cuba mempertahankan diri daripada Ustaz Hamadi yang mahu melepaskan nafsu.

Aishah lakonan Nur Khiriah, isteri kepada Ustaz Hamadi, muncul bagi meleraikan situasi tersebut namun menolak Nur ke dalam kolam untuk melemaskan wanita naif itu.

Namun begitu, penampilan Ustaz Hamadi mengenakan boxer merah dalam babak drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu mengundang perhatian netizen.

Melalui laman Instagram, Azhan Rani memuat naik gambar memakai boxer itu sehingga menerima pelbagai reaksi lucu peminat dan pengikutnya.

 

View this post on Instagram

 

apa??? haaa cakap kat sini.. jap gi aku ajak ayah haji baca.. #jomkecamayahaji #nur

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Ramai yang memuji lakonan Azhan Rani yang sangat menjadi di dalam Drama Nur 2 itu.

Azhan juga memuat naik gambar boxer itu.

Bagi yang tidak mengenali, ini adalah biodata Azhan Rani. Azhan Rani dilahirkan dan dibesarkan di Tanjung Karang, Selangor.

Azhan masih membujang dan belum berkahwin, beliau bagaimanapun tidak tertekan jika ditanya tentang soal berumahtangga.

Selepas bapanya meninggal, Azhan menumpukan sepenuh perhatian kepada ibunya. Penglibatan pertama Azhan dalam bidang seni ialah menerusi drama radio bermula pada 2004, ketika berusia 28 tahun, di mana ketika itu hasrat beliau sekadar ingin mencuba dan mengetahui bagaimana drama radio dilakukan.

Sepanjang tempoh itu, Azhan Rani telah menjayakan sebanyak 100 drama radio. Penerbit drama radio RTM, Zuraida yang ketika itu kebetulan datang menonton teater lakonan beliau, Lantai T Pinkie.

Beliau pertama kali tampil bergandingan bersama pelakon berpengalaman Jalaluddin Hassan.

Penampilan televisyen pertamanya ialah pada 2007 menerusi drama Sesuci Cinta Soffiya yang menggandingkan beliau bersama Rozita Che Wan.

Pada tahun 2013, Azhan membintangi filem sulungnya, sebuah filem komedi pasca-apokaliptik arahan Woo Ming Jin lakonan Zizan Raja Lawak, KL Zombi.

Beliau turut membintangi dua lagi filem yang ditayangkan pada tahun sama, Aku Pilih Kamu dan Kolumpo.

Azhan memegang watak sebagai A. R. Tompel dalam filem biopik Saloma arahan Melissa Saila yang dibintangi oleh Nabila Huda yang memegang watak Biduanita Negara Puan Sri Saloma.

Beliau muncul bersama Ayda Jebat dan Syafiq Kyle dalam drama Dekatkan Jarak Kita yang bersiaran di TV3. Azhan memegang watak sebagai Ustaz Hamadi dalam drama Nur yang dibintangi oleh Amyra Rosli yang bersiaran di TV3 sepanjang Ramadan.

Azhan muncul dalam filem Kalla: Hidup Atau Mati arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin yang ditayangkan pada Oktober 2018, serta filem Bikin Filem yang akan menunggu tarikh tayangan.

Azhan juga membuktikan untuk menjadi pelakon yang bagus tidak memerlukan fizikal dan wajah yang kacak.

Azhan memenangi Anugerah Watak Antagonis pada Festival DFKL yang lalu.