“Doktor tabik cucu ni..” Pemuda Dukung Nenek Bawa Cek Kesihatan di Klinik

Berbakti kepada kedua ibu-bapa adalah kewajipan kita sebagai anak. Namun begitu, merebut peluang berbakti kepada ahli keluarga adalah satu kebaikan yang mulia.

Kisah seorang cucu yang menjaga nenek yang uzur tidak dianggap menyusahkan, sebaliknya si cucu mengambil peluang untuk berbakti terhadap insan yang disayangi.

Dukung nenek berusia 94 tahun ke klinik kesihatan

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Rahman Hashim yang mendukung neneknya berusia 94 tahun bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan.

Menerusi laman Facebook, kisah mereka berdua telah tular apabila doktor yang merawat nenek berkenaan telah berkongsi kisah yang turut memuat naik dua keping gambar mereka.

Galas tanggungjawab jaga keperluan nenek 

Berkongsi posting di page Dakwah Tabligh, difahamkan lelaki tersebut menggalas tanggungjawab bagi menjaga keperluan harian neneknya disebabkan ibu bapanya juga sudah tidak larat.

“Doktor terkejut bila seorang cucu dukung toknya umur 94 tahun masuk bilik consultant doktor. Doktor, tok patah tulang pinggang”.

“Tak boleh duduk. Cek (saya) yang dukung tok mandi, berak dan makan. Tok baring je atas katil”.

Ayah emak dah tak larat

“Ayah emak tak larat dan ada kudis di punggungnya doktor buat dressing,” tulis perkongsian tersebut.

Melihat tindakan murni lelaki berkenaan, doktor memberikan ubat dan rawatan tanpa bayaran sebelum menghulurkan sedikit wang ringgit untuk dibelanjakan.

Doktor tabik spring cucu macam ni

“Doktor tabik spring cucu ni. Boleh ke kita dapat cucu macam ni? Ubat dan dressing doktor bagi free. Miskin orangnya”.

“Dik ambil ni $, bagi belanja emak ayah tok dan dik. Sayu hati doktor, nikmat Allah pada kita tak ternilai,” kongsi posting berkenaan lagi.

Netizen memuji keikhlasan anak muda tersebut

Malah, posting berkenaan menerima 10,000 tanda suka dan 2,700 perkongsian di laman Facebook.

Menjenguk ke ruangan komen, ratusan komen netizen yang memuji keikhlasan anak muda itu dalam menjaga neneknya dengan penuh kasih sayang.

Selain itu, lelaki berkenaan turut membalas komen berterima kasih kepada semua kerana mendoakan kesihatan neneknya.

“Terima kasih doakan nenek saya” 

Semoga kisah ini menjadi contoh dan teladan kepada semua dalam tanggungjawab berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga kita.