Doa Termakbul, Wanita Ini Menangis Terserempak Lelaki Mirip Arwah Ayah Di Tanah Suci

Jodoh ajal maut semuanya di di tangan Tuhan, tidak lewat sesaat bahkan tidak cepat sesaat namun sebagai hamba, kita perlu redha dengan segala ketentuan dan terima dengan hati yang terbuka.
Iospital phone repair gombak
Benar kata orang, rindu yang paling sakit dan dalam adalah rindu kepada orang yang telah pun pergi ke negara abadi. Bagaimanapun, setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita akui terlalu rindu akan ayahnya sehingga berdoa untuk bertemu seseorang yang mirip dengan ayahnya di kota mekah mencuri perhatian ramai.

Meneruai video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @eliaizham, difahamkan ayah kepada wanita ini dijemput ilahi ketika sedang tidur dan lebih terkilan apabila Elia tidak bekesempatan untuk berjumpa buat kali terakhir.

Oleh kerana rasa rindu membelenggu diri, Elia menadah tangan berdoa ketika dia berada di Tanah Suci untuk berjumpa dengan seseorang yang mirip ayahnya bagi melepaskan rindu.

Siapa sangka, permintaannya itu dimakbulkan oleh Allah apabila dia secara kebetulan terserempak dengan seorang lelaki yang mirip seperti ayah nya, tidak hanya mirip rupa malah sosok badan, warna kulit tidak tumpah dengan ayahnya.


Teruja melihat lelaki tersebut, Elia terus mengejar malah sempat menunjukkan gambar ayahnya. Walaupun pertemuan itu hanya sebentar namun Elia bersyukur kerana setidaknya dia dapat melepaskan rindu yang dipendam selama ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata sebak melihat situasi tersebut malah turut tumpang gembira apabila doanya di tanah suci dimakbulkan.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui lelaki yang dia jumpa di Kota Mekah sangat mirip seperti ayahnya.

Antara komen wargamaya:

“Auto nangis.. kalau saya yang lalui tak tergambar macam mana perasaannya tu”

“Keluar air mata.. sama sebiji”


“Sama sebijik.. sebak lak tengok”

“Terubat rindu kan.. ”

“Allahuakhbar.. mungkin Allah angkat doa sis yang lalu untuk melepaskan rindu..”


Video yang tular di laman TikTok:

@eliaizham Ya Allah aku rindu #umrah #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ เสียงต้นฉบับ – [ ] –