Paling Rendah Sejak 1990, ASB Umum Dividen dan Bonus 2020

Tinggal hanya beberapa hari saja lagi sebelum kita memasuki tahun baru, PNB telah mengumumkan dividen dan bonus ASB bagi tahun 2020.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz, menerusi ‘live di laman Facebook mengumumkan aihan dividen ASB pada tahun ini sebanyak 4.25 seunit beserta bonus 0.75 seunit menjadikan jumlah keseluruhan agihan sebanyak 5 seunit.

Menurut Tan Sri Dr. Zeti Aziz, saiz dana yang besar serta keadaan ekonomi yang tidak stabil ditambah pula pandemik yang melanda antara yang memberi kesan besar kepada ASB. Berikut merupakan jumlah agihan ASB sejak 1990.

Pada tahun 2019, PNB mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit.

Pada 2018, dividen sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit diumumkan manakala, pada 2017 (dividen 7.00 sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit) termasuk tambahan 1.00 sen seunit bagi bonus khas ulang tahun PNB.

Pada 2016, PNB mengumumkan agihan dividen sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit manakala, pada 2015 (dividen 7.25 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit).

Walau bagaimanapun, bonus 0.75 cuma diberikan kepada 30,000 unit pertama sempena sambutan ulang tahun ke-30 ASB.

Ini bermakna sebarang pelaburan melebihi 30,000 unit pertama tidak lagi akan menerima jumlah bonus sebanyak 0.75 seunit.

Bagi para pelabur ASB khususnya mereka yang membuat pembiayaan ASB, adakah anda berpuas hati dengan dividen yang diterima?

Berikan pendapat anda menerusi ruangan komen di media sosial kami.