Ditemui Lemas Dalam Sungai, Wanita Dakwa Terakam Roh Keluar Dari Jasad Mangsa

Baru-baru banyak kejadian kes lemas yang berlaku. Siapa sangka hari yang sepatutnya bergembira bertukar menjadi tragedi yang meragut nyawa.

Sama seperti yang berlaku di Filipina dimana seorang pemuda dilaporkan mati lemas di sebuah sungai selepas menyelamatkan seekor anjing.

Namun apa yang lebih mengejutkan orang ramai adalah, seorang wanita telah muncul memberikan keterangan dan mendakwa dia melihat roh lelaki itu keluar dari jasad dari dalam sungai menuju ke udara.

Menurut Shanel Guiterrez dia dikatakan sedang merakam pencarian jasad mangsa yang lemas itu di sebuah sungai di Filipina dan dia melihat bayangan putih seperti seorang lelaki.

“Saya nampak bayangan putih menyerupai lelaki muncul dari dalam air dan terapung di udara sebelum tiba-tiba lesap ke udara.” katanya.

“Ia sangat menyeramkan kerana saya tahu bayang putih itu adalah hantu mangsa yang mati lemas dan saya tidak menyangka sempat merakamnya dalam telefon,” kata Guiterrez.

Tambah wanita itu, dia mendedahkan bahawa pemuda tersebut merupakan mangsa lemas yang ketiga di kawasan itu.

“Dondon bukan mangsa pertama yang maut di sungai itu, dia adalah individu ketiga,”

Difahamkan, insiden lemas itu berlaku akibat pemuda tersebut cuba menyelamatkan seekor anjing jalanan yang terjatuh ke dalam sungai. Dia berjaya menyelamatkan haiwan itu serta bawa ke daratan namun nasib dirinya tidak baik, dia lemas di bawa arus deras sungai.

Rakan-rakannya telah memanggil penyelamat untuk usaha pencarian mangsa dan telah dijumpai di kawasan kuari berdekatan dengan sungai itu.

Dan ketika mayat itu dijumpai, roh itu didakwa keluar dari jasadnya dan menuju ke udara.

“Saya meremang bila tengok video itu, saya tahu ia memang hantu lelaki tersebut,” kata wanita itu.

Walau bagaimanapun ramai yang tidak mempercayai dakwaan wanita tersebut yang mengatakan dia melihat roh itu keluar dari jasad dan mengatakan dia telah menyunting rakaman itu.

Namun wanita itu, turut menafikan dia menyunting rakaman asal video serta menegaskan ia adalah rakaman asal ketika sesi mencari dan menyelamat dijalankan.

Video tular di Youtube