Dirogol Datuk Hingga Hamil, Kanak-Kanak 11 Tahun Meninggal Dalam Pelukan Ibu

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun telah dirogol oleh datuk kandungnya sendirinya hingga hamil.

Namun apa yang lebih meruntun hati apabila mangsa telah meninggal dunia dipercayai akibat severe morning sickness.

Menurut laporan yang dipetik daripada Asia One, kejadian tersebut berlaku di sebuah wilayah di Thailand.

Ibu mangsa mengakui sudah berpisah dengan suaminya sejak 5 tahun yang lepas dan tinggal bersama anaknya.

Malah, anaknya itu sering pergi bermain di rumah datuk dan neneknya yang tinggal berdekatan.

Ibu mangsa mendakwa bahawa anak kecilnya itu telah menjadi mangsa rogol datuknya sendiri.

Rentetan daripada insiden tersebut, mangsa telah dibawa ke hospital pada Disember lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut dan hasil pemeriksaan mengesahkan mangsa hamil ektopik iaitu kehamilan di luar rahim.

Justeru itu, doktor telah memberikan ubat tetapi sayangnya keadaan kesihatan mangsa agak membimbangkan sehingga dia telah memuntahkan makanan dan ubat yang diberikan.

Dalam pada itu, doktor juga telah memberi suntikan haemagogue kepada mangsa tetapi usaha itu langsung tidak membantu.

Keadaan kesihatan mangsa semakin merosot sehingga dia mengalami muntah dan meraung kesakitan.

Walau bagaimanapun siapa sangka, anak kecil itu akhirnya telah disahkan meninggal dunia dalam pelukan ibunya.

Menurut kenyataan pihak polis, mereka telah pun mengumpul bahan bukti berhubung kes tersebut dan akan meminta waran tangkap dari mahkamah tempatan.