Bermula 4 Mei, negara kita sudah memulakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di mana ianya jauh lebih longgar berbanding PKP.

Semasa pelaksanaan PKP, terdapat ramai yang melakukan kesalahan dan telah dibicarakan.

Namun begitu salah seorang yang menjadi perhatian netizen adalah Nurulhidayah yang merupakan anak kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Nurulhidayah dikenakan hukuman denda sebanyak RM800 selepas didapati bersalah melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) pada 20 April lalu.

Suaminya, Saiful Nizam Mohd Yusoff turut dikenakan denda sama atas kesalahan itu.

Keputusan itu dibuat Majistret Shah Wirah Abdul Halim selepas Nurulhidayah dan Saiful Nizam mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan serentak oleh jurubahasa mahkamah.

Pasangan itu didakwa melanggar Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Walau bagaimanapun, isu tersebut mendapat perhatian seorang pengguna Facebook Lisa Christina yang mendakwa telah dipenjara selama 8 hari dan didenda sebanyak RM1000 kerana kesalahan yang sama.

Lisa menuntut penjelasan mengapa dia diberikan hukuman yang berbeza dengan Nurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi.

Saya ibu tunggal

“Hi all.. I am the single mother who was charged for violating MCO. I was arrested by police when i was out to buy drink at shah alam and talking to a foreigner friend, whom i met outside the shop.

“I know i did a mistake and i didn’t act agressively to police. I was produced to court and the judge gave me punishment of 30 days jail term eventough i pleaded that i am a single mother.

Dipenjara 8 hari dan denda RM1000

“I appealed the case to high court and the sentence reduced to 8 days jail terms and rm1k penalty.

“During the 8 days jail, i felt so shattered for unable to see my son and felt so embarrassed. I even had to borrow from my mom rm 1k to settle the penalty.

Anak Datuk Zahid didenda RM800 sahaja

“Today i read that Dato Zahid’s daugther just given rm 800 for the even bigger offense then i did and no jail term given.

“Am i a second class citizen to this nation ? Why this double standards?? I need explanation for this.”


Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib Lisa dan turut mempersoalkan mengapa hukuman berbeza diberikan.

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.