Studio Meletop Berasap Ketika ‘Live’, Nabil Ahmad Tergamam Kena ‘Prank’ Hari Jadi

Pada 26 September yang lalu, pelawak dan pengacara terkenal Nabil Ahmad atau nama sebenarnya Ahmad Nabil bin Ahmad ini telah menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-39 malah pihak Era Fm juga memberikan kejutan dan menunaikan hasratnya untuk menyambut hari lahirnya bersama anak-anak yatim di Rumah Amal Limpahan Kasih, Punchong.

Iospital phone repair gombak
Pun begitu, baru-baru ini pihak program Meletop juga turut merencanakan gimik buat penonton sekaligus melakukan kejutan buat pengacara tersebut.


Menerusi beberapa perkongsian video yang dimuat naik oleh Meletop di laman Instagrammnya ini, memaparkan Nabil Ahmad dan Hawa Rizwana yang berada di studio lain daripada tempat biasa mereka bersiaran, Pada awalnya, kelihatan Nabil agak kekok kerana buat pertama kali tiada kumpulan penyanyi dan penonton di dalam studio itu.

Tidak lama kemudian, secara tiba-tiba studio berkenaan telah berasap dan pihak produksi juga sehabis baik untuk melakonkan ‘reaction’ untuk menjayakan prank tersebut. Dalam pada masa yang sama, mereka meminta kedua-dua pengacara serta artis undangan Sarimah Ibrahim ntuk keluar.

Akhirnya mereka dibawa ke studio sebenar yang menunjukkan ahli keluarga serta penonton telah bersedia menunggu Nabil untuk menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’.


Dalam video itu juga, Nabil juga kelihatan seperti tergamam rakan sekerjanya Radin dan Azad serta kelab peminatnya turut hadir memeriahkan sambutan ulang tahun kelahirannya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan ‘prank’ yang dilakukan oleh pihak program Meletop itu. Selain itu, mereka turut teruja apabila melihat Nabil dan menyifatkan ramai yang sayang dengan pengacara ini.

Antara komen warga maya:

“aku dah agak gimik, tapi tak terlintas pulak bday nabil..”

“alhamdulillah, saya haji nabil!! takde haji nabil tak best lah meletop..”

“rilek ar dah nama pun MELETOP, tu baru je berasap…”

“Dia jaga hubungan dengan Allah..Allah bagi semua orang sayang dia..semoga kita juga terus dipermudahkan segala urusan dunia akhirat..”

 

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)