“Dijual buat beli gula” Semut Selamba ‘Curi’ Rantai Emas Bikin Netizen Terhibur

Macam yang kita tahu, semut merupakan antara serangga yang rajin dimana dia akan membawa apa sahaja seperti gula, biskut dan pelbagai makanan manis lain untuk disimpan.

Bukan itu sahaja, mereka juga bergerak dalam bentuk pasukan dimana akan membawa apa sahaja yang mereka ambil bersama-sama. Bak kata pepatah, berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

Namun lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana semut-semut ini kelihatan sedang ‘gigih’ mengangkut gelang dan rantai emas mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @nayakanaya51430, dia juga tidak tahu kemana semut itu ingin membawa gelang dan rantai emasnya itu dan dia juga sempat berseloroh mengatakan jika dia tidak tahu atau tidak perasan situasi tersebut pasti akan jadi fitnah kelak.

Dia juga berpesan agar orang ramai perlu lebih berhati-hati kerana ini merupakan ‘modus operandi’ baru dalam mencuri barang kemas.

Berikut merupakan video yang tular:

@nayakanaya51430ngakak sore😁😁😁😁♬ Anjahahhaha – One Voice

@nayakanaya51430sepertinya si semut ada dendam sama saya…. ᥬ🤣᭄ ᥬ🤣᭄ ᥬ🤣᭄ ᥬ🤣᭄♬ suara asli – kangReBhAN – kang Rebahn

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.1M tontonan, 80.1K tanda suka, 2479 komen dan 1546 perkongsian di applikasi Whatsapp

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagatsemut yang seolah-olah tahu yang mana lebih bernilai antara gula dan barang kemas.

Bahkan dalam masa yang sama para netizen juga berseloroh mengatakan semut tersebut ingin menggadai emas bagi kelangsungan hidup mereka.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Jadi ingat kisah Nabi Sulaiman AS”

“Buat hiasan istana dorang kot, ikut semut tu mesti banyak lagi barang kemas”

“Semut baru nak belajar mencuri..Toyol nampak pun ketawa..lambat gila”

“Gejala diebetes…Keringet nempel di kalung manis bagi semut”


“Tahun 2022 semut pun jadi penyamun emas sudah apa nak jadi dengan dunia ni”