Dihantar Pulang Ke Asrama, Anak Menangis Titipkan Banyak Pesan Buat Ibu Undang Sebak Netizen

Sering kita dengar kisah-kisah lucu dan pengalaman manis mengenai gelagat anak-anak apabila dihantar masuk ke asrama. Ada yang teruja nak balik asrama jumpa rakan-rakan, dan ada juga yang menangis kerana akan meninggalkan keluarga mereka dalam tempoh tertentu.

Iospital phone repair gombak

Sama seperti kisah seorang kanak-kanak lelaki ini yang dikongsikan menerusi video TikTok ibunya @cheqbungalaksarangburung, menangis teresak-esak ketika dihantar pulang ke asrama.

Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki itu sempat menitipkan pesan buat ibunya yang akan memandu pulang ke rumah.

“Bawa kereta (pulang ke rumah) hati-hati. Ibu bawa kereta doakan abang ya… sayangkan abang tahu. Nanti bila-bila petang abang call tau.

“Ibu jangan tak angkat (panggilan). Nanti kalau hujan abang tak call ya. Bawa kereta hati-hati. Doakan abang tau masa bawa kereta. Abang pun doakan ibu. Jaga diri,” pesannya sambil menangis.

Ibu kepada kanak-kanak lelaki tersebut, Nor Rasidah Rabion atau lebih mesra dikenali sebagai Cheq Bunga menyatakan bahawa video itu dirakam sewaktu menghantar anaknya, Syamil Hakimi pulang ke asrama madrasah yang bertempat di Pontian, Johor.

Terang Cheq Bunga, pesanan anaknya yang baru sahaja berumur sembilan tahun itu berjaya membuatkan hatinya tersentuh sebagai seorang ibu.

“Saya post video tu sebagai kenangan saja sebab saya sendiri pun sayu mendengarnya kata-katanya selepas hantar dia dekat asrama.

“Saya tak sangka dia akan respons macam tu. Walaupun macam-macam spekulasi keluar apabila video anak saya menangis tular, tapi saya cuma ambil yang positif saja,” lapor MStar.

Katanya, anak sulungnya Syamil itu seorang yang memang lembut hatinya sejak dari kecil.

Difahamkan, sudah menjadi kebiasaan untuk anaknya itu membuat panggilan hampir setiap hari menggunakan telefon awam yang disediakan di madrasah berkenaan.

“Dulu Syamil berulang-alik dari rumah ke madrasah tapi baru-baru ni dia buat keputusan nak tinggal dekat asrama jadi kami bersetuju.

“Macam dalam video tu dia memang akan menangis setiap kali hantar balik asrama tapi saya bersyukur apabila dengar kata-kata dia yang tak putus-putus beri pesanan dan mendoakan saya.

“Selalunya lepas hantar ke asrama, tak sampai 15 minit dia dah call saya tanya ibu sihat ke? Dah makan? Padahal baru saja lagi berjumpa tadi (masa tu),” jelas ibunya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa sebak melihat anak kecil itu prihatin terhadap ibunya itu dan ada yang meninggalkan pesan agar jagalah diri di madrasah sana.

Antara komen netizen:

“🥺🥺🥺 percayalah disebalik suara ibu yg ok tu hati dia 10x sedih dr yg kita tgk…sy dh rasa hari tu 🥺”

“jaga diri abg😭😭”


Video yang tular:

@cheqbungalaksarangburung #masakdgnpenuhkasihsyg #cheqbungalaksarangburung #b5johorstreetmarket #semarakpenjajabbu. # jdt. #tmj ♬ original sound – CheqBungaLaksaSarangBurung