Buat Kain Pelikat ‘Ala Ninja’ Untuk Dijadikan Telekung, Idea Kreatif Wanita Ini Buat Ramai Kagum!

Ramai diantara kita suka ‘travel’ tidak kiralah di dalam negara sendiri ataupun di negara orang untuk ‘release tension’ atau ungkapan yang sering digunakan pada masa kini iaitu ‘healing’.
Iospital phone repair gombak
Pun begitu, ada juga yang gemar ke melancong untuk mendapatkan pemandangan yang indah, melihat budaya kaum lain ataupun untuk ‘foodhunting’.

Tidak kiralah apa sekalipun tujuan namun sebagai umat islam, solat fardhu 5 waktu sehari perlulah ditunaikan walau dalam apa jua keadaan kerana ianya bukan sahaja kewajipan malah merupakan tiang agama.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana wanita ini ingin menunaikan solat namun terlupa untuk membawa persalinan solat yang lengkap.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @mrwastingyourtime, dapat kita lihat wanita tersebut mempunyai cara yang tersendiri untuk dijadikan telekung.

Difahamkan, dia tertinggal telekung di dalam kereta sebelum naik ke hotel namun ianya bukanlah satu masalah besar dan wanita ini menggunakan kreativiti dengan ‘mengubahsuai’ kain pelikat untuk dijadikan telekung.


“Gara-gara tertinggal telekung di dalam kereta..Adik saya malas nak ambil dekat kereta dibawah. Dia pun tahan gelak tu,” ujar abangnya yang merakam video tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur malah ada juga yang akui menggunakan kaedah yang sama jika tertinggal telekung.

Bukan itu sahaja, netizen juga kagum dengan wanita tersebut yang tidak mencari alasan untuk tidak menunaikan solat.

Antara komen warga maya:

“kecik2 dulu selalu buat macam ni  n main ninja2 dengan kakak n abang”

“Dekat sekolah agama dulu kalau malas bawa telekung, ustazah pakaikan ni hahahah rindu pula kenangan masa kecik”


“Betul.. ape pun asal tutup aurat dan boleh solat..”

“Teringat zaman kecik kalau balik kampung mesti main ninja2”

“Takde alasan tak nak solat macam ni”


Video yang tular di laman TikTok:

@mrwastingyourtimeGara2 tinggal Telekung dalam kereta♬ Made You Look – Meghan Trainor