Terkenang Arwah Bapa, Nabil Ahmad Gagal Tahan Sebak Ketika Live MeleTOP

Bila tepat pada masanya, semua insan dalam dunia ini pasti akan merasai kehilangan orang yang tersayang dan kita sebagai hamba perlu redha dengan segala ketentuan yang sudahpun tertulis.

Iospital phone repair gombak

 

Sama juga kisahnya dengan seorang pelawak, pelakon, penyampai radio dan pengacara Nabil Ahmad atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad ini.

Umum mengetahui, bapa tercintanya Allahyarham Ahmad Haji Ismail telah meninggal dunia di Hospital Serdang akibat masalah komplikasi jantung Jumaat lalu.

Meskipun begitu, Nabil telah meneruskan kerjanya seperti sedia kala untuk menghiburkan penonton-penonton MeleTOP. Malam tadi, pelawak ini turut ditemani pelakon Datin Lisa Surihani selaku hos jemputan.

Walau bagaimanapun, ketika sedang bersiaran langsung Nabil dilihat tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata setiap kali terkenang akan arwah bapanya yang telah kembali kepada pencipta.

Menerusi hantaran dikongsikan oleh Meletop di laman Instagramnya ini memaparkan Nabil yang sedang meluahkan perasaan dan mengatakan tidak boleh duduk bersendirian. Oleh sebab itu kembali berkerja semula bagi melupakan perkara itu buat seketika.

“Banyak lagi tanggungjawab saya belum buat pada dia (arwah), untuk buat perkara sepatutnya dan beri perhatian pada dia.. setiap kali duduk seorang saya akan menangis, saya akan teringat ayah sebab itu saya bekerja kerana tak mahu duduk seorang…”

“Bila berkerja jumpa orang saya akan rasa okay sedikit. Arwah pergi pun dengan pengakhiran yang baik pada hari jumaat.. ” katanya.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut menzahirkan ucapan takziah buat bapa kepada Nabil Ahmad malah mereka juga meluahkan rasa sedih kerana pernah merasai perasaan yang sama sewaktu kehilangan orang yang tersayang,

Antara komen warga maya:

“Takziah buat Nabil dan keluarga. Kehilangan yg amat menyakitkan adalah kehilangan ibu n abah yg kembali ke rahmatullah… sy pun dah rasai kehilangan kedua insan ini. Dan mmg lain dah kehidupan ini..”


“Alfatihah dn Salam takziah buat nabil dn family semoga arwah ayah nabil ditempatkn dikalangan orang2 yang beriman..aminn..”

“Sama laa dgn saya, pertama kali kehilangan org yg rapat dan tersayang, apa perasaan nabil cerita kan itu laa juga yg saya rasa… Al fatihah buat abah dan abah nabil…”

“AlFatihah dan Salam Takziah buat Nabil dan keluarga moga ayahanda nya ditempatkan bersama para-para solihin Allahumma Aamin..”

“Salam takziah nabil dan keluarga atas pemergian ayah semoga Nabil dan keluarga tabah atas pemergian ayah tercinta..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)