Connect with us

Viral

“Dia yang x berapa sihat pun ingat Allah,” Netizen Terharu Tengok Lelaki Kurang Siuman Solat

Mengaku jelah ramai daripada kita masih takut dengan orang yang kurang siuman terutamanya bila berjumpa di tepi jalan.

Bukan takut sebab apa, tapi takut sebab kena kacau dengan mereka yang digelar sebagai ‘orang gila’ ini.

Selain itu, ramai juga daripada antara kita akan menjauhkan diri daripada golongan ini disebabkan pernah ada pengalaman buruk dengan ‘insan terpilih’ seperti ini.

Namun, lain pula ceritanya dengan seorang wanita yang sungguh baik dengan seorang lelaki kurang siuman yang sering datang ke kedainya yang belum siap.

Mimiey yang juga pemilik kepada kedai tersebut berkata lelaki tersebut yang juga dikenali sebagai Syed Kerol tidak pernah mengacau pekerja-pekerjanya. Malah, dia hanya datang sambil menyanyi dan bercakap seorang diri.

Sebab itu lah Mimiey tidak mengambil hal ini terlalu serius dan dia pun biarkan sahaja lelaki itu menyinggah ke kedainya.

Bukan itu sahaja, apa yang lebih menarik perhatian ramai netizen adalah apabila Mimiey sempat merakam momen Syed Kerol sedang solat!

Seperti yang kita tahu, orang kurang siuman sepertinya tidak diwajibkan solat. Namun apa yang membuatkan ramai terharu adalah walaupun dirinya tidak siuman, dia tidak pernah lupa kepada Sang Pencipta.

Mimiey yang merakam kejadian tersebut pada mulanya hairan kemana Syed pergi kerana tiba-tiba hilang kerana sebelum itu dia meneman perkerja di situ mengecat sambil menyanyi. Rupa-rupanya sedang solat dengan pakaian compang-camping dan seluar londeh.

“😭Deep.Tak buat solat hajat lg kdai..dia solat dulu dlm ni😁Syed khairol doakn bisnes kokmie tauuu”

Video yang tular di laman TikTok

@mimieydjewels😭Deep.Tak buat solat hajat lg kdai..dia solat dulu dlm ni😁Syed khairol doakn bisnes kokmie tauuu♬ original sound – Vitri pradana

Mimiey turut sebak melihat lelaki tersebut dan berharap agar Syed dapat mendoakan business yang dibukanya.

Tak sampai hati melihat pakaian Syed Kerol, Mimiey dan suaminya dilihat shopping di sebuah kedai pakaian dengan membawa bakul yang penuh dengan seluar dan baju untuk diberikan kepada lelaki tersebut.

@mimieydjewelsCadangnya nk g esok..rasa lamanya esok..Suami pun ajak g bli arini n g hntr tros umah syed kerol..Alhamdulillah lega rasa hajat tercapai😘♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

@mimieydjewelsNi PART 1 Syed kerol ngah nyanyi2 tiba2 senyap..lahhh ngah solat rupanya🥺Subhanallah😭hebatnya hamba allah wlaupun x sempurna tp x lp pada pencipta♬ original sound – Mi Miey

@mimieydjewelsMudah terhibur 😘♬ bunyi asal – Mi Miey

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tersentuh dan terharu melihat Syed Kerol. Situasi tersebut seolah-olah sebagai tamparan kepada kita yang waras sebagai umat Islam yang masih lalai dalam bab solat.

Ramai juga berkata walaupun lelaki itu lupa tentang dirinya, namun dia tak pernah lupa akan Pencipta.

Antara komen-komen menarik yang diberikan oleh warganet

“rsa mcm Allah lbh trima sujud dia dri sujud aku 😭”

“Aku mualaf…kali pertama hati aku btul2 tersentuh😭..doakan aku semoga aku istiqomah 🤲”


“Tamparan dan peringatn pd kita semua yg sihat ni..dye yg x brapa sihat pon ingt Allah..🥺Allah”

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)