‘Dia yang tarik, mulut saya yang nak terkoyak’ High Note Marsha Milan Buat Netizen Meremang!

Cukup popular sejak menyertai rancangan realiti, Akademi Fantasia nama Marsha Milan memang sudah lama menapak di dalam dunia nyanyian.

Beberapa bulan yang lalu namanya menjadi perbualan ramai apabila lagu Cinta diangkat naib juara dan memenangi kategori Persembahan Terbaik, Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 36.

Persembahan yang dibawa dan nyanyian yang mengusik jiwa itu cukup memberikan kesan kepada penonton yang melihatnya.


Baru-baru ini selepas kejayaan lagu Cinta yang dinyanyikan Marsha Milan itu, dia bakal melancarkan lagu baru berjudul Kembali Terang.

Untuk mempromosikan single terbaharunya, Marsha Milan tampil di dalam rancangan Meletop untuk menyanyikan lagu tersebut buat pertama kali secara lansung.

Menerusi klip video yang dimuat naik oleh @mymeletop yang memaparkan persembahan Marsha yang sedang menyanyikan lagu Kembali Terang.

Dengan meletakkan kaspyen “Wow amacam guys?! Boleh challenge tak high note @marsha_milan? 🤩#kembaliterang #marshamilan #MeleTOP”

Video tersebut melihatkan cara persembahan Marsha yang membawa high note dalam lagu tersebut. Dia sekali lagi berjaya menunjukkan kebehatannya dalam mengawal vokal nyanyian dan membuat penonton serta warganet yang melihatnya terpukau.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan komen yang positif dan memuji ‘technique breathing’. Tidak lupa juga, ada yang mendoakan Marsha akan menjadi pemenang Anugerah Juara Lagu Yang 37.

Video nyanyian lagu tersebut telah mencecah sebanyak 63.8k tontonan setakat ini.

Antara komen warganet di laman TikTok:

“Jangan salah faham ya.. ini bukan teriak… kalau teriak tiada melody.. ini ada melody ok…”

“Mantap marsha.. bukan juara af pun sekarang letop jugak.. jangan putus asa gais..”


“Dia yang tarik lagu macam mulut saya yang nak terkoyak.. power betul suara dia..”

“This live version is better.. lirik pun kendengaran.. kudos to Marsha.. jangan pernah putus asa untuk mengekalkan kedudukan dalam industri seni..”

“Powerr.. walaupun tengah high pitched sebutan kasih jelass.. nafas marsha ni memang takleh bawa bincang..”

Video yang tular di laman TikTok:

@mymeletop Wow amacam guys?! Boleh challenge tak high note @marsha_milan? 🤩#kembaliterang #marshamilan #MeleTOP ♬ original sound – MeleTOP

Sekadar info, Marsha Milan telah berkahwin dengan ahli perniagaan dari Pulau Pinang, Mohamed Shaiful Nizam Datuk Seri Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015 selepas bertunang pada 14 Disember 2015. Pasangan in terlebih dahulu berkenalan selama 10 tahun. Perkongsian hidup it sehingga kini belum dikurniakan anak.