Terdapat banyak sebab mengapa haiwan seperti kucing ini sering menjadi perhatian dan popular dikalangan masyarakat untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Selain daripada memiliki penampilan fizikal yang comel dan gebu, binatang ini turut membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya terpikat untuk dijadikan sebagai teman istimewa apatah lagi sejenis sukakan perhatian dari manusia untuk bermanja.

Sama juga dengn kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat seekor kucing yang turut sama tidur di situ seperti kepenatan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @yonxy, seorang gadis merakamkan keadaan adik-adiknya yang sedang nyenyak tidur setelah menguruskan banyak hal oleh kerana rumah mereka dinaiki air banjir.

Malah turut dapat dilihat, mereka yang kelihatan kepenatan itu tidur beramai-ramai di satu tempat yang sama.

Bukan hanya mereka sahaja malah gadis itu turut berkongsikan kemunculan seekor kucing yang turut bersama-sama tidur situ. Lebih melucukan, kucing itu dilihat tidur betul-betul di belakang salah seorang adiknya itu semasa dirakamkan.

“Tak sangka aku ada adik berbulu” katanya dia ruangan kapsyen

Apa yang membuatkan orang ramai tidak dapat menahan ketawa adalah kucing tersebut turut kelihatan seolah-olah seperti dialah yang paling penat sekali menghadapi banjir.

Berikut video yang tular di laman TikTok:

@yonxyTak sangka aku ada adik berbulu ##DaruratBanjir ##shahalambanjir ##banjir2021♬ suara asli – sadvibes🥀

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.0M tontonan, 183.6K tanda suka, 1630 komen dan 1261 perkongsian di TikTok.

Meninjau di rungan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat selamba kucing tersebut seolah-olah dia yang banyak membuat kerja ketika menghadapi banjir.

Berikut merupakan komen-komen warga maya:

“Tu kalau member lepaskan toxic loji terus terbangun kang kucing tu.”

“Adik angkat terpaling penat.”

“Kejut yang berbulu tu bangun suruh buat kerja…”


“Yang 3 tu adik angkat, sekor tu je adik kandung.”