“Dia seronok sangat bila ada yang subscribe,” Adik Hazizi Remaja ‘Istimewa’ Jadi Youtuber Masakan

Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) biasanya mempunyai kelebihan tersendiri yang Allah berikan kepada mereka.

Jika diperhatikan, ada OKU pendengaran boleh bertukang, ada OKU penglihatan boleh menghafaz Al-Quran, ada OKU fizikal boleh melukis dan sebagainya.

Jika kelebihan mereka ini disalurkan ke jalan yang betul, mereka mampu berjaya dengan menonjolkan kelebihan mereka sendiri.

Anaknya seorang OKU dan pandai memasak

Menerusi perkongsian seorang warga Twitter, Anisz berkongsi mengenai pengalamannya yang berpeluang bertemu dengan seorang pemandu e-Hailing, Grab yang juga ayah kepada anak OKU. Difahamkan, anak OKU itu berkemahiran dalam bidang masakan.

Malah, anaknya juga mempunyai saluran Youtube sendiri untuk perkongsian pelbagai content seperti masakan, tips resipi dan sebagainya.

Si ayah teruja bercerita mengenai anaknya itu

Menurut apa yang dikongsikan, si ayah tersebut begitu teruja untuk menjemput seramai-ramai netizen yang boleh untuk subscribe dan menyokong channel Youtube anaknya itu.

Dikenali dengan nama HAZIZI NIK CHANNEL, anak istimewa yang bernama Hazizi itu memuat naik pelbagai jenis video yang menarik.

Pelbagai jenis resepi yang dikongsikan oleh Hazizi antaranya adalah aiskrim, jus lobak, popia carbonara, tempoyak dan banyak lagi.

Hazizi Nik Channel baru dibuat sejak 3 bulan lalu

Berdasarkan video-video tersebut, boleh dikatakan hampir kesemuanya dirakam menggunakan smartphone dan disunting hanya dengan menggunakan aplikasi KineMaster sahaja.

Difahamkan, saluran Youtubenya baru dibuat sejak tiga bulan lalu (berdasarkan video pertama yang dimuat naik).

Hasil viral, subscribers meningkat beribu-ribu dalam masa 24 jam 

Setakat ini, Hazizi mempunyai seramai 16.1 ribu subscibers berbeza dengan jumlah subscibers sebelum ini hanya 900 sahaja.

Sejak tular Tweet Anisz ini ditulis di Twiter pada 1 petang semalam, jumlah subscribers Hazizi meningkat berganda-ganda jumlahnya.

Grab turut tumpang gembira

Tweet berkenaan telah tular di media sosial mengenai tentang channel Youtube milik anak istimewa ini sehingga ia turut mendapat perhatian pihak Grab sendiri.

Pelbagai reaksi netizen yang memberikan semangat dalam menyokong insan istimewa seperti Hazizi menceburi dunia maya.

Golongan OKU juga mampu berjaya seperti kita

Akhirnya, usaha dan kegigihan Hazizi ini membuktikan golongan OKU sepertinya juga layak dan mampu untuk berbuat apa sahaja seperti kita semua.

Semoga lebih ramai golongan kurang kelainan upaya (OKU) akan berjaya dan sama-sama kita membantu mereka mencapai kejayaan.