“Dia pilih lelaki berjaya..” Lagi 2 Minggu Nak Tunang, Lelaki Kecewa Ditinggalkan Kekasih Gara-Gara Kerja Kilang

Bagi siapa yang menjalinkan hubungan percintaan pastinya menginginkan ianya berkekalan sehingga ke jinjang pelamin namun kini harta dan pangkat menjadi kayu ukur bagi seseorang untuk dijadikan pasangan.

Bahkan, ada yang sanggup bermain dengan hati orang lain apabila jumpa dengan seseorang yang pekerjaannya jauh lebih baik.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pekerja kilang duduk makan sendirian kerana kecewa ditinggalkan oleh kekasih hati mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @fadjir, difahamkan dia dan bekas kekasih bakal mengadakan majlis pertunangan kurang dua minggu lagi.

Namun tiba-tiba dia mendapat khabar bahawa teman wanitanya itu memilih lelaki yang lebih berjaya sekaligus meninggalkannya.

“2 minggu lagi nak tunang dapat tahu bakal tunang dia tak jadi tunang. Sebab dia pilih lelaki yang lebih berjaya pada dia.. dia cuba nampak happy depan kami semua tapi kami tahu bro apa yang kau rasa” ujar rakan sekerja lelaki tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen simpati mendengar nasib lelaki tersebut namun dalam masa yang sama bersyukur kerana Allah telah menunjukkan perangai sebenar wanita tersebut sebelum mendirikan rumah tangga.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar lelaki ini berjumpa dengan jodoh yang jauh lebih baik.

Antara komen warga maya:

“dia akan dihargai di tangan orang yang tepat.. Allah nak bagi lagi terbaik jangan risau”

“di putus tunang, aku yang sedih.. sabar la bro.. Allah tau apa yang terbaik dalam hidup kita”


“semua yang berlaku ada hikmahnya.. bagi kawan tu masa untuk move on.. semoga dapat yang lebih baik”

“bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor”

Video yang tular di laman TikTok:

@fadjir Tabah lah bro ada lagi bunga kat luar sana 😌😌 #putuscinta #cinta #kenatinggal😭 #fypmalaysia🇲🇾 ♬ suara asli – Penyair Emosian