“Dia main pintu” Kena Kacau Masa Tunggu Isteri Pergi Toilet, Suara Seakan Menangis Buat Ramai Meremang!

Kewujudan makhluk halus sememangnya tidak dapat kita sangkalkan. Ada yang mampu menunjukkan sosok tubuhnya dan ada juga yang hanya memberikan ‘hint’ untuk memaklumkan bahawa mereka ada berdekatan dengan kita.
Iospital phone repair gombak
Sering kali kita dengar, ada yang berikan hint melalui bau-bauan, melalui mimpi, dengar bayi menangis, guli yang jatuh, bunyi tapak kaki dan sebagainya malah ada juga yang memberikan hint dengan mengalih-alihkan barang.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki diganggu ketika sedang menunggu isterinya pergi ke tanda awam mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @jrj_razi, kelihatan lelaki itu sedang berada di dalam sebuah bangunan dan menunggu isterinya di depan pintu.

Pun begitu, apa yang menyeramkan adalah apabila pintu di depannya tiba-tiba terbuka dan tertutup berulang kali tanpa ada orang yang menolaknya.


Bagaimanapun, dia lelaki itu dilihat tidak takut malah meminta ‘makhluk’ tersebut untuk pergi jauh dari dirinya dan tidak mengganggunya lagi.

“Oi, pergi pergi pergi! Menangis kat sini buat apa. Baling batu ni karang” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pendapat masing-masing mengenai video tersebut.

Ada netizen yang beranggapan mungkin pintu tersebut rosak membuatkan ianya tertutup dan terbuka dengan sendiri. Namun, ada juga segelintir daripada mereka mengatakan bunyi seakan tangisan tersebut tidak sama dengan pergerakkan pintu membuatkan mereka lebih percaya itu adalah angkara ‘makhluk halus’.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga bimbang dengan keadaan si isteri yang berada di dalam tandas apatah lagi jika dia hanya berseorangan.

Antara komen warga maya:

“Aku pulak wife dia kat toilet sengsorang tu”

“Pintu rosak memang macam ni..”


“Ramai cakap pintu auto, tapi kenapa bunyi tak sama dengan gerakan pintu”

“Pintu tu berat mat.. orang nak tolak pun sedaya upaya.. mustahil angin..”

“Bang, wife selamt balik @ keluar dari toilet tak?? tiba2 risau”


Video yang tular di laman TikTok:

@jrj_razi Dia main pintu pulak dahh🤦🏻‍♂️#seram #hantu #hantumalaysia ♬ bunyi asal – mentiger88 🔵 – Salimenshot ✅