Baru Zarina Nak ‘Feeling’ Luah Kisah Sedih, Sekali Azal Terkentut Masa Shooting!

Seorang ibu yang hebat, nama Zarina Zainuddin tidak asing lagi dalam dunia hiburan Malaysia. Kegigihan seorang ibu membesarkan dua orang anak istimewa autisme sering menjadi pembangkit semangat para ibu lain di luar sana.

Iospital phone repair gombak

Terbaru, satu perkongsian video di laman TikTok telah tular yang memaparkan Zarina bersama dengan kedua-dua orang anaknya, Azal dan Azil sedang menjalani sesi penggambaran.

Zarina gagal mengawal emosi dan menitiskan air mata sambil mendedahkan kisah di sebalik rakaman-rakaman video anaknya itu yang telah dimuatnaikkkan di laman Instagramnya.

“Kalau suatu hari nanti kan, ibu takda dalam dunia ni lagi. Ibu dah meninggal dunia. Macam mana Azal?” soal Zarina.

Azal kelihatan mendengar dengan tekun akan apa yang diluahkan oleh ibunya itu.

“Selalu akak buat video dengan anak-anak akak kan, selalu orang kata ‘ala dia tu buat konten lah dengan anak dia tu’.

“Itu bukan konten, sebenarnya akak.. Apa yang berlaku kat rumah tu sebenarnya bukan semua akak gambarkan kat dalam video tu,” ulas Zarina lagi.

Menerusi video tersebut, Azal sempat menyatakan bahawa dia amat menyayangi abangnya, Azil walaupun kadang kala dia tidak tahan dengan ‘tantrum’ yang dialami olehnya.

Walau bagaimanapun, perkongsian yang meluluh hati itu terus bertukar lucu apabila anaknya itu tidak sengaja terkentut ketika sedang ditemu bual.

Ekoran itu, Zarina terus menegur lembut sikap anaknya itu kerana kurang sopan dilakukan.

Akan tetapi anaknya hanya membuat muka selamba sahaja sambil ditegur.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai terhibur dengan aksi spontan Azal itu dan ada juga yang berseloroh menyatakan air matanya terus kering selepas melihat gelagat Azal yang terlepas ‘oksigen bakteria’ itu.

Antara komen netizen:

“alahaiiii bru nk feeling kuar air mata .. kacau lerr azal ni”


“siap senget badan😂😂😂😂😂 halaaahh…oksigen n bakteri pon…xleh tunggu dulu ke.. lepas shooting br la keluar😂😂😂”

“Dah nk kuar air mata bleh msuk blik bila dngar oksgn n bkteria kuar.. 🤣😂”

Video yang tular:

@sugehresort Tiada kata yang nak digambarkan.. luluh hati tengok azal 😭😭 #fyp #trending #percutian #sugehresort ♬ original sound – Sugeh Resort