“Dia boleh je cancel order” Wanita Luah Rasa Kesal Order Lala Masak Merah, Tapi Akhirnya Dapat…

Di kala zaman serba canggih kini, terdapat pelbagai kemudahan yang boleh kita gunakan misalnya servis penghantaran makanan dalam talian.

Iospital phone repair gombak

Dengan aplikasi mesra pengguna, pengguna hanya perlu klik sahaja mana-mana menu yang diinginkan dan boleh bayar melalui pilihan yang ada.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa kadangkala terdapat beberapa masalah yang boleh berlaku disebabkan pesanan dibuat melalui atas talian sahaja.

Seperti video yang tular baru-baru ini di laman TikTok, di mana seorang pembeli meluahkan rasa kesalnya selepas menerima pesanannya.

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @fieyzaa_96 itu, dia berasa kesal kerana mendapat gantian lauk yang berbeza dengan apa yang dipesannya.

Difahamkan bahawa dia telah memesan lauk lala masak merah yang berharga RM 6.50, akan tetapi hanya digantikan sebahagiannya dengan gulai lemak pucuk ubi.

Berdasarkan video tersebut, telah dikepilkan satu nota daripada peniaga restoran terbabit yang menyatakan permohonan maaf kerana lauk lala masak merah itu tinggal sedikit sahaja.

Oleh itu, peniaga tersebut pun menambahkan lauk gulai lemak pucuk ubi untuk menggantikan lebihan lala masak merah yang diberikan dalam kuantiti yang sedikit.

“Salam, harap maaf lala masak merah tinggal sikit. Saya tambahkan gulai lemak pucuk ubi ya. Thank you,” tulis peniaga tersebut.

Akan tetapi menurut pembeli itu, lauk pucuk yang diberikan itu tidaklah berapa sedap dan hanya terdapat daun sahaja di dalam lauk tersebut, bukannya pucuk seperti yang dinyatakan oleh peniaga terbabit.

Menjengah di ruangan komen, warga netizen bersependapat dengan pembeli tersebut kerana harga lala masak merah jauh lebih tinggi berbanding harga gulai pucuk ubi tersebut.

Ada juga netizen yang meluahkan pendapat bahawa peniaga sebenarnya boleh sahaja membatalkan pesanan tersebut, ataupun ‘call’ sahaja pembeli dulu sebelum meneruskan jualannya itu.

Antara komen netizen:

“harga lala x setanding gulai lemak pucuk ubi.. bg la ayam seketul ke apa.. alahaiii naya je eh 😂😂”

“plg tak suka seller mcm ni.. Dia bole je cancel order yg tak Ada tu,tak pun call tnye dulu..”


Video TikTok yang tular:

@wh_fiyzaa

Takde sayur lain ke nak bagi🥴

♬ Che La Luna – Louis Prima with Sam Butera & The Witnesses