Cermin Kereta Penuh Tanah, Perbuatan Jahat Jiran Buat Ramai Berang!

Dalam kehidupan berjiran, perlulah kita memahami antara satu sama lain bahkan bertolak ansur agar tiada perselisihan faham berlaku.
Iospital phone repair gombak
Terdahulu pernah tular sebuah video dimana kereta seorang lelaki dipenuhi sampah berbau busuk kerana dia tersalah parking di petak parkir jiran.

Pokok pangkalnya, perlulah kita menegur dengan cara yang baik dahulu kerana daripad kecil kita diajar untuk beradab dan sopan santun terutamanya dengan jiran tetangga.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki berkongsi tentang keadaan cermin keretanya penuh dengan tanah dek kerana jiran yang tidak berpuas hati undang kemarahan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @macustan0, kelihatan cermin keretanya dipenuhi dengan tanah berwarna coklat.

Melihat perkara tersebut, lelaki ini berasa geram kerana cerminnya kotor dan batu batu kecil yang ada di dalam tanah boleh menyebabkan kerosakkan.

Dalam masa yang sama, dia turut menerima sepucuk surat daripada jiran lain yang nampak seorang wanita berbuat sedemikian.


Difahamkan, individu itu sering berbuat demikian dan menyebabkan ramai menyuruhnya untuk membuat laporan polis.

“Crazy lady house number 29. Better you make police report. Because always do like this”- tulisnya di dalam surat tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui ianya satu perkara yang melampaui batas.

“Kereta aku pernah kena toreh dari belakang sampai depan. Padahal parking lorong tepi tak kacau sesiapa pun. Kalau dapat tau siapa buat memang siap la” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang turut berkongsikan pengalaman yang sama dek kerana perbuatan jahat jiran.

Antara komen warga maya:

“Rumah aku pun kat taman tu.. dulu i park kereta Myvi aku sekejap je.. nenek tu buat begini jugakk.. rosakk habis kereta aku”

“Bincang dulu..”


“Ada orang tak faham.. kekadang bila ramai datang rumah.. kita terpaksa parking seberang..”

“Kadang ada sesetengah jiran memang sakit mata jika kereta parking bertabur depan rumah depa.. walaupun luar rumah hak majlis”

“Saya pun kena.. siap patahkan wiper walhal jauh dari rumah dia..”


Video yang tular di laman TikTok:

@macustan0Geng kalau korang kena macam ni kita nak buat report ke tak apa manusia laa♬ bunyi asal – macustan0