Di Sebalik Maskot Arnab Ceria, Adanya Wanita Berusia Berkeringat Mencari Rezeki Raih Perhatian Ramai

Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini diberikan ujian dan cabaran yang berbeza.

Iospital phone repair gombak

Ada yang dilahirkan dengan kemewahan hidup, malah ada yang hidup dengan rezeki kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Begitulah nasib seorang wanita yang sudah pun lanjut usia, tetapi masih tetap gigih mencari rezeki dengan bekerja sebagai maskot yang menceriakan hari-hari orang ramai.

Di sebalik maskot yang ceria, rupa-rupanya ada yang gigih bekerja keras berkeringat di dalamnya.

Kisah wanita ini mendapat perhatian orang ramai apabila fotonya yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook Roslan Salleh yang tulardan mendapat perhatian warga maya.

“Memang warga kota sekarang sangat merasakan kepayahan untuk menjalani kehidupan di kota sebesar Kuala Lumpur. Apatah lagi sekiranya ada banyak tanggungan yang harus kita hadapi.

“Di sebalik keriangan orang ramai bergambar bersama watak kartun yang mewarnai suasana di kawasan persekitaran Bazaar Malam Wangsa Maju ini, saya terkejut melihat salah satu watak kartun itu.

“Dia merupakan seorang warga emas sekitar baya ibu saya dan mungkin seusia ibu ayah anda,” tulisnya.

Dikatakan, dia meluahkan rasa kagum apabila melihat kesungguhan wanita itu dan menitipkan doa agar Allah melimpahkan lagi rezeki buatnya.

“Melihat kesungguhannya saya teruja, apatah lagi diusia ini beliau sepatutnya sudah berehat dan berada di rumah sahaja.

“Nampak juga raut wajah berusia ini keletihan tetapi apakan daya, mungkin ini sahaja cara untuk menjana pendapatan yang halal.

“Apapun moga Allah permudahkan urusan makcik ini, dilimpahkan rezeki seluasnya, diberikan rahmat Allah dan kesihatan yang baik selalu,” katanya lagi.

Turut diselitkan foto-foto wanita itu yang kelihatan sedang duduk menunggu pelanggan di tepi jalan sekitar pukul 2 pagi.

Melihat ke ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa sebak melihat seorang wanita yang masih tetap gigih bekerja walaupun sudah lanjut usia.

Antara komen netizen:

“Sedihnya tengok usia sebegini masih bekerja dan .menghiburkan orang lain sedangkan seusia ini sedang berehat di rumah bersama keluarga ”


“Nampak letih mukanya.Kasihan makcik tu terus kuat mencari rezeki.Semoga Allah permudahkan urusan dia”

Hantaran yang tular: