“Bapak cuma mampu beli ini” Gadis Menangis Rasa Bersalah, Ayah Beri Roti Coklat Sempena Hari Jadinya

Ayah merupakan seorang insan yang telah banyak berkorban untuk keluarganya yang tercinta.

Iospital phone repair gombak

Bahkan mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mereka yang tersayang tanpa memikirkan dirinya sendiri.

Begitulah kisah seorang ayah yang hanya mampu menghadiahkan sebungkus roti coklat sempena hari jadi anaknya telah membuatkan orang ramai tersentuh hati melihatnya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @syashawtyy di laman TikTok itu, kelihatan foto gadis itu sedang menangis dan dikepilkan juga foto sebungkus roti coklat.

Difahamkan, gadis itu menangis kerana bapanya masih ingat untuk memberikannya hadiah walaupun dia tahu bahawa ayahnya tidak mempunyai wang yang banyak.

Gadis itu berasa amat sedih kerana walaupun hadiahnya itu hanyalah sebungkus roti, akan tetapi dia tetap berasa bersalah terhadap ayahnya itu.

Bukan itu sahaja, ayahnya siap meletakkan sekeping nota di atas roti coklat itu.

“Selamat Ulang Tahun! Bapak cuma cukup belikan ini. Dimakan dik, kalau ada rezeki bapak belikan yang mahal ya. Bapak pulang malam nanti, jaga adik!”, tulis ayahnya tulus.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah mencecah sebanyak 1.4M tontonan, 224.2K tanda suka, dan 4765 komen di laman platform sosial berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya berasa sebak apabila tahu mengenai ayahnya yang begitu prihatin dan sayang terhadap anaknya itu.

Antara komen netizen:

“Selamat Ulang Tahun! Bapak cuma cukup belikan ini. Dimakan dik, kalau ada rezeki bapak belikan yang mahal ya. Bapak pulang malam nanti, jaga adik!”, itulah yang ditulis oleh bapa beliau di atas sekeping kertas itu.”

“ayah balik dari kedai, belikan pulut panggang. pun dah buat sangat happy dah. terima kasih ayah. syurga buat ayah.”


“we as a child taknak pun hadiah mahal-mahal, asal parents ingat and appreciate kita as anak pun kita dah bahagia ☺️💜”

“Alhamdulillah kasih sayang ibubapa untk anaknya. ade je orng yg fam dia tk ingat pun hari lahir dia. so bersyukur okey <3"

Video TikTok yang tular: KLIK SINI