“Deposit je habis duit kwsp” Dedah Harga Sewa Rumah Di Korea, Komen Netizen Buat Ramai Terhibur

Kini, harga rumah atau bilik sewa di negara sendiiri kian meningkat malah nak cari yang murah di kawasan bandar amat sukar. Makin dekat dengan pelbagai kemudahan, makin tinggi kadar sewa.

Di Malaysia pun kita sudah dapat merasakan perkara tersebut apatah lagi jika di negara luar. Mesti ramai yang tertanya-tanya perkara yang sama bukan?

Manakan tidak, ramai yang berhasrat untuk melancong ke negara orang namun tidak tahu ‘budget’ sebenar apatah agi melibatkan harga sewa bilik atau rumah.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis mendedahkan kadar sewa di Korea mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @kimseri_eina,dia menjelaskan dengan begitu banyak maklumat dikongsikan mengenai harga rumah sewa di Korea itu berserta jika ditukarkan dengan duit Malaysia.

Melihat perbezaan harga rumah sewa di Korea yang sangat tinggi itu membuatkan netizen terkejut dan berseloroh mengatakan mereka rela tidur di bustop.

Berikut merupakan video yang tular di laman TikTok:

@kimseri_eina Reply to @ajiiimm ♬ original sound – KIM SERI 세리

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 189.1K tontonan, 11.3K tanda suka, 207 komen dan 98 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, ada juga warga netizen berkongsi penglaman ketika menyewa bilik atau rumah di Korea.

Dalam masa yang sama, tidak kurang juga pelbagai komen-komen lucu dan kreatif dari warga netizen yang mampu buat ramai terhibur.

Berikut merupakan komen warga maya:

“takpelah kak, saya tido bawah jambatan je kalau macam tu”

“tidur alas kotak jelah mana tahu..”

“deposit je habis dah duit KWSP”

“aduhhh.. rumah sewa sini rm500 sebuah umah pun orang dah mengamok..”


“takpelah kak, saya tidur tepi longkang je..mana tahu ada oppa ajak balik sekali”

“wow.. paling murah rm900”