“Dekat rumah ni..” Kekasih Kantoi Curang Depan Mata, Reaksi Tenang Lelaki Ini Bila Kena ‘Game’ Buat Netizen ‘Salute’!

Dalam percintaan, kesetiaan adalah kunci utama seebuah hubungan untuk terus berkekalan. Tiada guna jika bercinta lama lama tetapi akhirnya hubungan itu musnah disebabkan salah sorang tak setia.

Lazimnya, hati wanita memang akan mencintai seorang lelaki yang sama sehingga ke akhir hayatnya. Malah jika putus sekalipun, barangkali mengambil masa bertahun-tahun untuk move on.

Meskipun jarang kita mendengar wanita duakan pasangannya, namun tidaklah bermaksud bahawa ia tidak berlaku. Kena “game” sememangnya perit, tapi lebih perit jika ‘kantoi’ depan mata.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda melihat kekasihnya keluar bersama lelaki lain mencuri perhatian ramai.

Dapat kita lihat lelaki tersebut terserempak dengan kekasihnya malah wanita itu baru sahaja keluar daripada sebuah restoren bersama seorang lelaki.

Lebih menyakitkan hati, apabila dihubungi, wanita tersebut berbohong mengatakan bahawa dia sedang berada di rumah dan sibuk membantu ahli keluarganya.

Lelaki itu bagaimana pun dengan tenang ‘melayan’ permainan wanita tersebut seddangkan dia sudah tahu perkara yang sebenar.

Video yang tular di laman TikTok:

@mhaidarruslan curang itu pilihan , bukan tidak disengajakan #fyp #fypシ #fypage #fypviral ♬ bunyi asal – Haidar

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.7M tontonan, 281.6K tanda suka, 14.9K komen, 11.6K perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap kekasih lelaki ini yang mempermainkan perasaan orang lain.

“cari yang faham agama dan tahu apa tujuan bila dah amik hati seseorang inshaAllah tak akan ada hubungan yang sia2”- Netizen

Malah dalam masa yang sama, netizen mengatakan lelaki tersebut perlu bersyukur kerana Allah menunjukkan kebenaran ketika belum berkahwin sekaligus mendoakan lelaki ini memperoleh jodoh yang jauh lebih baik.

Antara komen warga maya:

“Dah berkahwin belum.. kalau belum.. ucaplah Alhamdulillah.. sebab Allah selamatkan anda.. InsyaAllah nanti di gantikan dengan lebih baik..”

“respect sebab tak baran.. kalau kene dekat aku, situ juga dah turun..”

“tinggalkan bro, sekali dia dah buat macam ni, dia akan ulang benda sama”