“About the photos ? Sorry…” Ini Komen Tunang Intan Najuwa Isu Foto Dengan Zul Ariffin

KONTROVERSI foto mandi laut pelakon Intan Najuwa bersama pasangan gandingannya Zul Ariffin mencetuskan pelbagai reaksi di laman sosial. Rata-rata pengguna laman sosial beranggapan aksi pelakon utama drama Setelah Ku Dimiliki itu keterlaluan terutamanya Intan yang sudah bergelar tunangan orang. Bagaimanapun, tunang kepada pelakon Intan Najuwa, Razrul Anwar Rusli, 38, yang dihubungi mStar berpendapat bahawa sesiapapun berhak [...]

Beberapa hari lepas timbul isu foto mandi laut di antara pelakon Intan Najuwa bersama pasangan gandingannya Zul Ariffin.

Foto tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi di laman sosial terutamanya di laman Facebook.

Namun begitu, menurut laporan mStar, tunang kepada pelakon Intan Najuwa, Razrul Anwar Rusli, 38, berpendapat bahawa sesiapapun berhak menyatakan pandangan mereka terhadap isu berkenaan.

“About the photos ? Sorry… saya tiada apa nak komen. 

“This is free country. People can talk what they want. Saya tak nak tambah-tambah komen. Nanti lagi macam-macam,” 

Sebelum ini, Intan Najuwa dan Razrul telah bertunang di dalam satu majlis di Johor Bahru pada 18 Ogos lalu.

Intan Najuwa yang berusia 22 tahun itu sedang membintangi drama Setelah Ku Dimiliki bersama Zul Ariffin.

Walaubagaimanapun, foto mandi laut Intan Najuwa dan Zul Ariffin tersebar di media sosial tdak kena-mengena dengan drama tersebut.

Perkara ini dijelaskan oleh pengarah terkenal Osman Ali yang menafikan babak mesra itu berkaitan dengan adegan dalam drama itu.

Menurut Osman, foto itu bukan daripada ‘footage’ adegan bulan madu membabitkan watak Adriz dan Sarra laknan Intan Najuwa dan Zul Ariffin.

Osman Ali ternyata terkilan apabila ada pihak menyebarkan gambar berkenaan.

“Saya terkilan kenapa ada pihak sengaja nak sebar dan tularkan gambar berkenaan. Saya kalau boleh tidak mahu ada elemen sebegitu dalam drama.”

Namun, beliau sudah mendapatkan kepastian di mana sudah jelas tiada penggambaran tersebut di dalam drama Setelah Ku Dimiliki.

“Bagaimanapun, saya sudah dapatkan kepastian daripada semua pihak yang terbabit di lokasi dan jelas tiada langsung penggambaran terbabit dalam adegan drama Setelah Ku Dimiliki,” katanya.

Intan Najuwa mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2015 dimana wajahnya dikatakan mirip iras pelakon Wawa Zainal.

Sebelum bergelar selebriti, Intan Najuwa merupakan seorang penulis blog dan mula berkecimpung dalam bidang lakonan sejak umur 18 tahun di mana dia diperkenalkan oleh penerbit syarikat Metrowealth Pictures, David Teo.