Dalam satu temubual terbaru, Dave Bautista berkata dia sanggup tinggalkan francais filem Guardians of the Galaxy sepenuhnya jika Marvel tidak mahu menggunakan skrip James Gunn untuk filem baru Guardians of the Vol 3.

“Di mana saya berada sekarang ialah jika [Marvel] tidak menggunakan skrip itu, maka saya akan meminta mereka untuk melepaskan saya dari kontrak saya” kata Bautista kepada ShortList.

Disney walaubagaimanapun masih tidak memberi maklum balas terhadap kenyataan Dave Bautista ini. Pada bulan Julai yang lepas, Disney telah memecat James Gunn dengan alasan tweet lamanya yang didakwa mengandungi unsur pedofilia dan seksual.

Gunn, yang sebelum ini telah pun meminta maaf di atas tweet tersebut pada tahun 2012, menulis dalam kenyataan bahawa dia memahami dan menerima keputusan Disney.

Bautista, yang melakonkan watak Drax dalam filem Guardian of The Galaxy, Avengers: Infinity War dan Avengers 4, merupakan watak penting dan menghiburkan. Pasti para peminat filem Guardian of The Galaxy akan kecewa jika Drax benar-benar tiada nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.